suria

Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

Ruhainies (kiri) ingin berdamai dengan Bella (kanan).

DALAM linangan air mata, pelakon Ruhainies memberitahu dia mengambil pendekatan berdiam diri daripada bercakap kontroversi membabitkannya kerana tidak mahu memanjangkan isu serta bergaduh dengan pihak lain.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, jika dia bertindak membalas semua kenyataan di media sosial isu yang sedang hangat itu akan berlarutan dan tiada kesudahan.

Bagaimanapun, Ruhainies memberitahu kejadian memalukan itu merupakan pengajaran berharga buat dirinya.

"Saya anggap ini adalah ujian untuk saya. Pengajaran yang sangat berharga. Apa yang jadi ini satu pengajaran untuk saya.

Ruhainies mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Ruhainies mengakui kesilapan yang dilakukannya.

"Sebab kenapa saya berdiam diri selama ini juga adalah kerana saya tidak mahu memanjangkan isu dan tidak suka bergaduh dengan orang.

"Kalau saya tetap mengeluarkan kenyataan sampai bila perkara ini dapat diselesaikan? Niat saya hanya mahu semua pihak bersatu semula walaupun ia mungkin sukar," katanya.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

Dalam pada itu, Ruhainies mengakui pernah menghubungi dan menghantar mesej kepada isteri Aliff iaitu Bella Astillah namun tidak dibalas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tampil buat permohonan maaf, mahu bersemuka dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine

ARTIKEL BERKAITAN: Puas Ruhainies pujuk ajak jumpa... Sarah Yasmine tetap pendirian, jawab 'no thanks!'

Kata Ruhainies, dia mengambil masa untuk menghubungi Bella kerana masih berada dalam keadaan terkejut dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan bimbang ia akan dimanipulasi.

"Isu ini terlalu panas, saya tidak mahu apa-apa kenyataan yang keluar daripada mulut saya dimanipulasikan.

"Sewaktu situasi itu berlaku (tangkap khalwat) saya masih berada dalam keadaan terkejut. Perkara ini pertama kali berlaku dan ia merupakan satu titik hitam yang tak akan lupakan sampai bila-bila.

"Saya trauma. Beberapa minggu selepas itu saya ada hubungi Bella tetapi tidak dijawab. Saya pun tidak mahu mendesak, saya faham takkanlah saya asyik nak memaksa dia," ujarnya.

Nama Ruhainies, Bella, Aliff dan Sarah terus menjadi bualan netizen.

Nama Ruhainies, Bella, Aliff dan Sarah terus menjadi bualan netizen.

Ruhainies bagaimanapun mengakui kesilapannya dan tidak menyalahkan netizen dalam memberikan komen-komen kecaman yang diterima di media sosial.

Aktres berkenaan hanya mahu kemelut yang berlaku ini segera berakhir selain mencari jalan penyelesaian terbaik serta ingin berdamai dengan semua pihak.

"Apa yang netizen kecam, saya tidak boleh salahkan mereka. Saya nak minta maaf dengan semua yang terlibat terutamanya kepada Bella.

"Saya tidak mahu bercerita untuk menegakkan benang yang basah. Saya perlu hentikan ini semua. Saya hanya manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

"Saya betul-betul minta maaf dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Saya nak berdamai dan saya mahu semua orang bahagia," katanya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Sarah (kiri) sebelum ini mendakwa dirinya merupakan kekasih Aliff.

Sarah (kiri) sebelum ini mendakwa dirinya merupakan kekasih Aliff.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu.

Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain