TIADA angin tiada ribut, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer dipercayai telah berkahwin baharu. Perkara itu dedahkan sumber kepada mStar yang mengirimkan foto pernikahan pasangan berkenaan dirakam daripada Instastory dipercayai kenalan rapat pasangan tersebut. Bagaimanapun pengirim emel tidak menyatakan tarikh atau lokasi pernikahan Redza dengan wanita dikenali sebagai Fiza itu. Hantaran foto yang diterima mStar. Menerusi salah satu foto yang diterima, dapat dilihat Redza mengenakan baju berona putih sedondon dengan pasangannya di atas pelamin. "Tahniah abang Redza dan kak Fiza. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat," tulisnya menerusi kapsyen hantaran berkenaan. Foto kedua pula memperlihatkan Redza dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isteri baharunya namun tidak dapat dipastikan bila kejadiannya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada foto suami, status Irma Hasmie ‘jangan ajari seorang isteri sabar’ cetus tanda tanya... Rakan artis, peminat bagi kata semangat ARTIKEL BERKAITAN: Bukan suami tak izin tapi bimbang keluarga terabai - Irma Hasmie Dalam foto tersebut, pasangan berkenaan dilihat mesra mengenakan baju sedondon berwarna hijau sambil berpegangan tangan. Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kepastian Irma, 42, berhubung perkara ini tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab. Begitu juga pihak Redza yang turut tidak memberi respon ketika mStar cuba mendapatkan kenyataannya menerusi mesej di hantar di Instagram miliknya. Irma masih mengunci mulut mengenai rumah tangganya. Sebelum ini, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023. Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya. Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya di Instagram. Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!