BELUM pun reda kemelut yang sedang berlaku, Sarah Yasmine didakwa pernah menggelar pelakon Bella Astillah sebagai wanita psiko. Perkara itu didedahkan oleh individu dipercayai kenalan Sarah dari Singapura yang berkongsi tangkap layar perbualan mereka yang jelas menunjukkan kekasi gelap Aliff Aziz itu mengutuk Bella. "Saya dan Aliff sangat rapat selepas penceraian pertama mereka. Paparan tangkap layar perbualan bersama Sarah yang dimuat naik di Instastory. "Peringkat psiko dia (Bella) letak recorder dalam kereta Aliff dan suara saya pun ada dalam rakaman itu," antara mesej Sarah kepada rakannya itu. Perkongsian itu dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai @saywhutttttt di Instastory miliknya. Tidak berdiam diri, Sarah mengakui dia ada mengeluarkan perkataan tersebut dan dia bercakap perkara tidak baik tentang Bella kerana mendengar cerita daripada Aliff. ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh ARTIKEL BERKAITAN: Puas Ruhainies pujuk ajak jumpa... Sarah Yasmine tetap pendirian, jawab 'no thanks!' Bagaimanapun kata Sarah, perbualan itu adalah perkara lalu namun selepas mengetahui cerita sebenar selepas bertemu Bella dia memilih berpihak kepada aktres berkenaan. "Dah terang-terang saya dengan Aliff, sudah tentu saya pernah bercakap tidak baik kepada Bella kerana saya mendengar cerita dari Aliff. "Tapi bila sudah berjumpa dengan Bella dan tahu cerita sebenar, saya pilih untuk berada di pihak Bella kerana sudah mendengar cerita daripada dua-dua belah pihak," ujarnya. Pun begitu, kenyataan tersebut disangkal oleh @saywhutttttt kerana sewaktu sesi siaran langsung yang dilakukan oleh Sarah pada malam Sabtu memberitahu dia tidak pernah bercakap buruk tentang Bella. Sarah mendakwa perbualan yang tersebar adalah perkara lama. "Tapi semalam dalam live, dia (Sarah) kata tidak pernah bercakap buruk tentang Bella, tidak pernah sekali pun. Opps!," katanya. Pada 24 April lalu, isu membabitkan Aliff bertambah panas apabila Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan dipercayai milik pelakon itu dengan seorang individu yang dinamakan sebagai 'NRF' sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice. Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!