LAMA mendiamkan diri, adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah akhirnya tampil bersuara membela nasib kakaknya. Didi Astillah atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, mempersoalkan permohonan maaf dan mahu berdamai pelakon Ruhainies yang sepatutnya dibuat lebih awal. "Kak Long (panggilan Bella) saya itu tengah sibuk kerja dekat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sana sini. "Dia orang ini lupa tau hujung-hujung kebenaran itu akan berpihak pada orang baik. Luahan hati Didi berkenaan isu kakaknya. "Tiba-tiba saja sekarang buat muka sedih konon nak berdamai selepas tular perbualan dia ber L U (love you), L U S M (love you so much) itu," katanya. Didi berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Kata Didi, selama ini dia pilih mendiamkan diri walaupun adik-beradik Ruhainies sibuk membela perbuatan pelakon berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak mampu menahan sabar selepas Ruhainies dengan mudah meminta maaf dan ingin berdamai. ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk Bella Astillah wanita psiko, Sarah Yasmine terpengaruh cerita Aliff Aziz ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh "Selama ini Didi diam saja tau, tapi adik-beradik belah sana membela dia siap buat kenyataan palsu tangkapan khalwat. "Tapi bila nampak si manipulator ini buat temu bual niatnya nak minta maaflah, berdamailah terus ringan jari ini nak menaip," ujarnya. Menurut Didi, selama ini kelakuan Ruhainies terhadap kakaknya adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Ini termasuk menggelarkan Bella dengan haiwan termasuk perancangan jahat menjatuhkan kakaknya dan tuduhan tidak masuk akal dilakukan Ruhainies terhadap Bella. Jahat nauzubillah macam sinetron. DIDI ASTILLAH ADIK BELLA ASTILLAH "Cakap Bella yang perangkap khalwat, memburukkan Kak Long di set (Bella ada bukti), Cakap team Bella pergi emel jenama-jenama untuk jangan ambil Ruhainies. "Cakap Bella ini babi, rancang nak menjatuhkan Bella sedangkan kes khalwat itu salah sendiri. “Paksa Aliff malukan Bella sampai sanggup buat akaun palsu dan pakai cybertroopers untuk kecam Bella (Jahat nauzubillah macam sinetron)," jelasnya. Sebelum ini, pelakon Ruhainies tampil memohon maaf secara terbuka kepada Bella menerusi program Melodi. Didi merupakan adik yang sangat rapat dengan Bella. Ruhainies memberitahu dia mengambil pendekatan berdiam diri daripada bercakap kontroversi membabitkannya kerana tidak mahu memanjangkan isu serta bergaduh dengan pihak lain. Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya. Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Kemelut Bella, Ruhainies, Aliff dan Sarah masih berpanjangan. Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu. Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!