ENGGAN berdiam diri lagi, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer akhirnya berkongsi foto majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya. Redza berkata dia kini mahu lebih memberi fokus kepada masa depan bersama isteri baharu yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim. "Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama. Sekitar majlis pernikahan Redza bersama Fiza. "Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin," katanya. Redza berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad yang memaparkan sekitar majlis pernikahannya dipercayai pada 20 April lalu. Dua anak Redza bersama Irma dilihat turut menghadiri majlis tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Muncul foto suami Irma Hasmie kahwin, status rumah tangga timbul tanda tanya ARTIKEL BERKAITAN: Tiada foto suami, status Irma Hasmie ‘jangan ajari seorang isteri sabar’ cetus tanda tanya... Rakan artis, peminat bagi kata semangat Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Redza memberitahu hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Selain turut berkongsi foto memaparkan moment mengikat tali pertunangan dengan Fiza. "Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Let’s make it proper," katanya lagi. Sebelum ini, mStar menerima dua kiriman foto pernikahan pasangan berkenaan dirakam daripada Instastory dipercayai kenalan rapat pasangan tersebut. Foto pasangan itu bersama anak-anak. Pada Ogos 2023, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama. Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya. Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya di Instagram. Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!