suria

[V] Meerqeen pilih diam Sarah Yasmine dedah mesej perbualan mereka, keluarga lebih kenal siapa dirinya

PELAKON Meerqeen memilih untuk tidak mengulas mengenai dakwaan kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang mendakwa hubungan mereka bukan sekadar artis dan peminat.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 22, sebaliknya memberitahu dia juga tidak mengikuti kontroversi yang sedang hangat diperkatakan kerana sedang sibuk memberi fokus terhadap drama Cinta Untuk Sekali Lagi yang sedang dalam proses penggambaran.

"Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.

"Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sebab saya pun sedang sibuk menjalani penggambaran drama yang agak 'intense'.

Meerqeen

Meerqeen hanya memberi fokus terhadap drama baharunya yang sedang dalam proses penggambaran.

"Jadi fokus saya lebih kepada kerja dan diri sendiri. Itu sahaja," katanya kepada mStar.

Meerqeen memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya anjuran 4ward Entertainment Sdn Bhd bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Meerqeen juga memberitahu dia tidak membaca sebarang komen mengenai apa diperkatakan netizen tentang dirinya.

Kata Meerqeen, dia tidak mahu perkara tersebut menganggu tumpuannya di set penggambaran dan paling penting keluarga lebih mengenali dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen kenal Sarah Yasmine tapi tak pernah berkawan, anggap hubungan sekadar peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine dedah mesej Meerqeen ajak jumpa, tak mahu dianggap terhegeh-hegeh

"Saya tiada masa untuk sesiapa malah keluarga sendiri pun hanya dapat luang tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.

"Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon... Saya tak tahu apa orang katakan tapi saya tahu apa saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya," katanya.

Sebelum ini, Meerqeen menjelaskan dia mengenali Sarah dan pernah bertemu dengan wanita asal Singapura itu namun hubungan mereka sekadar antara artis dan peminat.

Kenyataan aktor itu menimbulkan kemarahan Sarah yang mendedahkan perbualan mereka selain mendakwa pernah menjalinkan hubungan sekitar Ogos dan September tahun lalu.

Sarah berkongsi perbualannya bersama Meerqeen di Instastory.

Sarah berkongsi perbualannya bersama Meerqeen di Instastory.

Berkongsi lanjut mengenai filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen berkata dia seronok dapat bekerja di bawah pengarah tersebut.

“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Saya seronok bekerja dengannya dan mengharapkan peminat dapat menerima lakonan saya dengan baik,” katanya.

Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain