suria

Tukar bio ‘NRF, LUSM’ di Instagram, Sarah Yasmine anggap Ruhainies tak tahu malu... Ugut dedah mesej hari ditangkap khalwat

Ruhainies dituduh bersandiwara mengalirkan air mata sebelum ini.

BARU sahaja meluahkan rasa kesal sehingga mengalirkan air mata ketika bercakap mengenai kontroversi dengan aktor Aliff Aziz, pelakon Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Namun tindakannya menulis perkataan 'NRF, LUSM' yang merujuk kepada mesej didedahkan kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine baru-baru ini di bahagian bio Instagram miliknya mengundang rasa kurang senang netizen.

Tindakan pelakon itu disifatkan sebagai sengaja menambah minyak pada api terhadap kemelut yang mengaitkan dirinya ketika ini.

Copy of Untitled (14)

Ruhainies menulis 'NRF, L U S M' di bio Instagram miliknya.

Ramai berpandangan, Ruhainies sepatutnya mendiamkan diri selepas temu bual menerusi program Melodi dan bukannya cuba menjentik situasi yang akan membawa padah kepada diri sendiri.

Bukan hanya dia, pelakon Nur Risteena yang juga kakak Ruhainies turut dilihat memuat naik hantaran dengan kapsyen serupa di Instastory miliknya.

"Hey LUSM," katanya menerusi kapsyen gambar swafoto yang dimuat naik pada Isnin.

Berang dengan tindakan kedua-dua beradik itu, Sarah mempersoalkan niat sebenar Ruhainies melakukan temu bual bersama Melodi sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tampil buat permohonan maaf, mahu bersemuka dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine

Malah Sarah menyifatkan Ruhainies sebagai seorang wanita tidak tahu malu dan bercakap tak serupa bikin.

"Temu bual Melodi kata nak berdamai tetapi sekarang dia memang tak tahu malu!

"Sekarang beritahu, saya yang psiko atau dia ini?," katanya.

Sarah membuat perkongsian itu menerusi satu hantaran di InstaStory yang memaparkan tangkap layar muka depan profil Intagram Ruhainies.

Copy of Untitled (15)

Sarah mengugut untuk menunjukkan lebih banyak bukti selepas ini.

Sementara itu, Sarah juga mengugut akan mengeluarkan bukti mesej ketika hari kejadian dia dan Aliff dicekup berkhalwat sekiranya mereka terus membuat hantaran berbaur menyindir.

"Korang berdua kalau nak buat macam ini, jangan saya pula tunjuk mesej hari kes tangkap khalwat itu," ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan cerai secara ekspres terhadapnya pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan menceraikan isterinya pada sebutan kedua kes berkenaan 4 April lalu.

sara2 - 1

Isu rumah tangga Bella dan Aliff dilihat tidak berkesudahan.

Ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar pebualan dipercayai milik Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai 'NRF' di Instagram.

Pendedahan itu turut membabitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain