suria

Tak melatah mesej minta RM5,000 tersebar, Sarah Yasmine hanya bergurau dengan kawan

Sarah menjelaskan mesej dihantar sekadar gurauan.

SEJAK seminggu lalu, kekasih gelap Aliff Aziz dilihat rancak mendedahkan pelbagai bukti berkaitan pelakon dan penyanyi itu sehingga mengaitkan ramai selebriti tempatan lain.

Belum reda dengan semua bukti yang didedahkan, seorang individu tampil pula mendedahkan wanita berkenaan iaitu Sarah Yasmine pernah meminta wang sebanyk RM5,000 menerusi mesej di Instagram.

Malah Sarah turut dilihat meminta barangan berjenama daripada individu berkenaan.

Copy of Untitled (12)

Sarah menajwab dakwaan itu menerusi sebuah hantaran di InstaStory pada Ahad.

Tidak melatah dengan tuduhan itu, Sarah, 24, sebaliknya menjelaskan mesej tersebut dihantar sebagai bentuk gurauan kepada rakannya.

Sarah memberitahu dia bukan seorang wanita yang bersikap suka meminta-minta seperti digambarkan dalam hantaran dimuat naik tentangnya.

"Berhenti petik nama orang. Mesej itu saya hantar sekadar gurauan dengan kawan-kawan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine dedah mesej Meerqeen ajak jumpa, tak mahu dianggap terhegeh-hegeh

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine kenal wanita naik bas dengan Aliff Aziz, tak teragak-agak dedah identitinya - “Perempuan terpaling fake”

"Dia kawan saya, memang taklah saya nak meminta-minta orang duit macam ini," jelasnya.

Sarah menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Pada 22 April lalu, nama Sarah menjadi tumpuan ramai apabila mengaku sebagai kekasih Aliff sejak Januari lalu.

2664913

Nama Sarah hangat diperkatakan setelah pendedahannya.

Dia terpanggil mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Tidak hanya itu, pada 24 April, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan dipercayai di antara Aliff dengan seorang wanita dinamakan 'NRF' sehingga turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Sarah juga berkongsi rakaman perbualan memperdengarkan Aliff sedang menangis kerana sudah tidak tahan dengan penipuan Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain