PELAKON Muaz Zabir bengang apabila namanya masih lagi dikaitkan dengan kemelut rumah tangga Bella Astillah susulan aktor Aliff Aziz muncul dalam sebuah podcast pada 3 Mei lalu. Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, dia dan Aliff sudah pun mencapai kata sepakat berkaitan isu mereka pada November 2023 dan pelik mengapa perkara berkenaan masih diungkit. Dia juga mencabar Aliff agar menjadi lelaki sejati untuk bertemu dengannya memandangkan mereka pernah berhubung sebelum ini. Muaz mahu bersemuka dengan Aliff. “Takkan selama ini saya bercakap dengan hantu? Saya memang ada berhubung dan boleh tunjuk dia maki hamun saya sebelum kami mencapai persefahaman. “Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak hebahkan di media sosial. Tak gentelmen! Dia ada nombor saya, kan? “Dia sendiri minta saya jangan kecohkan perkara ini hingga kami sudah membuat perjanjian supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula yang jadi. ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir dalam keadaan tertekan, mengaku khilaf isu babit Bella Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah “Saya sudah minta maaf November tahun lalu dan sepatutnya perkara ini tidak patut diungkit,” katanya kepada mStar. Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara beramah mesra Tonton Drama Sangat yang berlangsung pada Putrajaya pada petang Sabtu. Menurut Muaz, dia juga berpendapat Aliff mempunyai niat jahat terhadap dia dan Bella berdasarkan pendedahan perbualan mesej aktor bersama individu dinamakan sebagai NRF yang dikongsi adik Bella iaitu Didi Astillah. Apa lagi yang dia tak puas hati? MUAZ ZABIR PELAKON Malah dia juga mendakwa Aliff menggunakan namanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah yang berlaku. “Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik. “Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri. Muaz enggan namanya terus terpalit kontroversi. “Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, sudag-sudahlah, saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati?,” katanya lagi. Sementara itu, dia juga meminta Aliff tidak mengeruhkan keadaan dan mengaitkan namanya lagi. “Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi saya harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang. “Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya. Sebelum ini tular kisah mendakwa Muaz ada hubungan bersama Bella. “Namun jika tindakan anda tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” katanya. Pada 3 Mei lalu, Aliff menerusi temu bual podcast bersama The Common Folks menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sehingga isterinya itu berubah sikap. Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya. Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya. Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul beberapa foto mesrq di antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang. Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut namun memberitahu hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu. Malah perbuatannya itu turut diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan isu tersebut sudah pun selesai. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang bersuai 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube