suria

Lelaki hina wajah anak melutut minta maaf depan Caprice, isteri… Pilih pergi masjid selesaikan masalah

Caprice (kanan) dan isteri (kiri) bertemu dengan individu yang menghina mereka.

PENYANYI rap Caprice akhirnya mengadakan pertemuan dengan individu yang menggelarkan anaknya Airiel Qashaf sebagai haiwan.

Dalam rakaman video dimuat naik di Instagram, pemuda yang dikenali sebagai Irfan itu dilihat bertemu dengan Caprice dan isteri iaitu Fara Inalis melutut memohon maaf.

Fara Inalis atau lebih mesra disapa Elis yang kelihatan sedikit beremosi menegur tindakan pemuda berkenaan.

cap1 - 1

Individu terbabit melutut memohon maaf dihadapan Elis.

"Kau umur berapa sekarang? Baru 23 nak buat perangai macam sampah dekat luar. Kau patut bersyukur kau jumpa dengan Caprice. Kau patut bersyukur sebab Caprice boleh tenangkan aku sekarang ni.

"Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut kau mintak maaf dengan aku dan anak aku," katanya.

Elis berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Caprice pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kongsi berita gembira, dah jadi bapa... "Alhamdulillah Lil Cappy selamat dilahirkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah wajah individu kutuk suami di IG, rupanya akaun palsu... Isteri Caprice mohon maaf

Dalam pada itu, Caprice yang dilihat lebih tenang memberi dua pilihan kepada Irfan sama ada mahu menyelesaikan perkara ini di balai polis atau mereka berdua pergi ke masjid.

Irfan memilih untuk pergi ke masjid dan mereka berdua dilihat mendirikan solat bersama-sama.

"Kita ada dua pilihan untuk selesaikan masalah ini. Sama ada kita pergi balai polis atau kita pergi masjid. Mana satu pilihan awak?” ujarnya.

Selepas daripada selesai menunaikan solat, Caprice menghulurkan wang kepada individu tersebut untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.

Sebelum ini, Caprice atau Ariz Ramli, 36, mendedahkan beberapa tangkap layar kiriman mesej (DM) yang diterima daripada seorang remaja yang menghina anak lelakinya.

Komen pemuda itu dilihat keterlaluan sehingga sanggup menyamakan bayi berusia dua bulan itu dengan seekor haiwan.

cap2 - 1

Caprice mendedahkan tangkap layar individu yang menghina anaknya.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain