DIDAKWA berlaku curang sebanyak 11 kali, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengakui dia tidak pernah mengira bilangan wanita yang pernah bersama dirinya sepanjang perkahwinan dengan Bella Astillah. Tiada jawapan untuk persoalan itu, Aliff, 33, bagaimanapun berkata dia pernah berulang kali bertanya kepada diri sendiri mengapa dia masih melakukan kesilapan sama. "Secara jujur aku tak ingat pada nombor tapi untuk aku terangkan aib lama bukan perkara yang bijak. Dia (Bella) cakap apa dia nak cakap, aku takkan bantah. "Saya tanya soalan yang sama pada diri sendiri... Kenapa saya asyik terjerumus dengan perkara yang sama? Why do i keep do what i do? Saya tanya banyak kali dekat diri sendiri. Saya tak dapat jawapan itu," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat. Ruhainies dan Sarah antara wanita yang pernah bersama Aliff. Pendedahan Aliff dalam rakaman podcast berdurasi selama sejam 20 minit itu juga dilihat menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Ia kerana Aliff dikatakan berat sebelah dan lebih banyak berkongsi cerita mengenai isterinya berbanding dua lagi wanita iaitu Ruhainies dan Sarah Yasmine. Menjengah ruangan komen di Instagram mStar, rata-rata netizen berang dengan sikap Aliff yang dituduh seolah-olah mahu bercerita aib isterinya sahaja. "30 minit awal semuanya fasal kesalahan Bella, rancak je bercerita... Bila hos tanya 11 kali tu eh terus jadi tak faham soalan pula. "Bahagian kesalahan Bella punyalah panjang dan lengkap, sepanjang video cakap I love you Bella pun tiada. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi permainan untuk lengahkan proses cerai, Aliff Aziz sudah sedia lepaskan Bella Astillah ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih, good bye!”... Aliff Aziz mengaku silap jumpa Sarah Yasmine, harap kekasih gelap ‘enjoy 5 minute of fame’ "Cakap fasal Bella bukan main terperinci kau cerita, sampai bahagian si R (Ruhainies) dengan Sarah tu kau putar alam," tulis netizen. Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua. Netizen mempersoalkan tindakan Aliff seperti mahu mengaibkan Bella. Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu. Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!