suria

“Terima kasih, good bye!”... Aliff Aziz mengaku silap jumpa Sarah Yasmine, harap kekasih gelap ‘enjoy 5 minute of fame’

Aliff ucap selamat tinggal pada Sarah.

PENDEDAHAN yang dilakukan oleh wanita bernama Sarah Yasmine menyebabkan konflik rumah tangga Aliff Aziz dan isteri Bella Astillah menjadi lebih parah.

Mengakui kewujudan kekasih gelapnya itu, Aliff, 33, berkata tindakannya berhubung semula dengan Sarah merupakan satu kesilapan besar dan hanya mengeruhkan lagi keadaan.

"Aku reconnected dengan Sarah pada Januari lepas, ia suatu perkara yang aku tak patut buat. Masa itu dia datang Kuala Lumpur (KL) dan situasi ketika itu sangat serabut.

size NP 1 (43)

Aliff akui jalin hubungan dengan Sarah pada Januari lalu.

"Kemudian bila balik jumpa keluarga aku dekat Singapura, Sarah ada teman... Kami berborak dan aku berterima kasih pada dia.

"Ini satu kesilapan aku sepatutnya kena step back dan letak kata noktah apa yang jadi dengan matang tetapi ia tidak berlaku dengan baik," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat.

Selang dua hari selepas pertemuan itu, Aliff berkata Sarah ada menghubunginya menyatakan hasrat mahu bertemu di Kuala Lumpur.

Namun, pelakon drama Dia Dari Syurga itu tidak membalas mesej berkenaan dan terkejut selepas melihat segala pendedahan yang dibuat Sarah di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada wanita boleh buat Aliff Aziz sempurna selain Bella Astilah, rasa diri gagal jadi lelaki... Minta maaf dengan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mula rapat dengan Ruhainies sewaktu penggambaran drama, menyesal cerita masalah rumah tangga... “Mungkin dia rasa simpati”

"Dua hari selepas itu dia ke KL dan beritahu dia akan buat yang terbaik untuk aku, tapi aku tak balas mesej tu.

"Aku sendiri tak percaya apa yang aku tengok, hanya Sarah je tahu kenapa dia buat macam itu. Aku minta maaf tentang apa yang jadi, dan privasi seharusnya disimpan secara peribadi.

"Kesimpulannya, apa niat sebenar Sarah untuk dedahkan semua benda itu? Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan benda yang kita tahu sangat sensitif ini. Tapi dia buat juga dan saya tak tahu apa sebab dia buat benda itu dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar dia," ujarnya.

Kesal dengan tindakan Sarah itu, Aliff berharap wanita berkenaan gembira dengan tindakan dilakukan dan berseronok dengan populariti diraih atas isu ini.

"Saya harap dia enjoy the five minute of fame ini dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena.

terima kasih dan goodbye,

ALIFF AZIZ

PELAKON DAN PENYANYI

"Tapi hati-hati kerana apa-apa yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya. Apa yang sudah berlaku kita sudah tidak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan goodbye," katanya.

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

size NP 1 (44)

Aliff terkejut dengan pendedahan dilakukan Sarah di media sosial.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain