suria

Tiada wanita boleh buat Aliff Aziz sempurna selain Bella Astilah, rasa diri gagal jadi lelaki... Minta maaf dengan anak-anak

Aliff berterima kasih pada Bella sepanjang bersabar dengan dirinya.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz merasakan dirinya gagal menjadi suami yang baik kepada Bella Astillah.

Mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan isterinya itu, Aliff, 33, turut mengakui tiada wanita mampu membuatkan dirinya berasa sempurna.

“Bila aku tengok cermin aku rasa aku lelaki yang gagal.

“Kalau ada perkara terakhir aku nak cakap pada Bella adalah terima kasih sangat-sangat untuk semua rasa kasih sayang dan prihatin selama ini.

size NP 1 (38)

Aliff rasa dirinya sebagai lelaki yang gagal.

“Terima kasih kerana melahirkan anak-anak saya dan jujur tiada sesiapa buat saya rasa sempurna seperti Bella buat,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia reda dan sudah bersedia sekiranya kehilangan keluarga tercinta selepas berdepan segala konflik ini.

Enggan bersikap pentingkan diri, Aliff berkata Bella juga layak untuk mencari kebahagiaannya sendiri.

“Aku mungkin akan hilang keluarga aku untuk masa yang lama atau mungkin selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan mula renggang selepas kantoi mesej, kali terakhir Aliff Aziz bercakap dengan Bella Astillah 40 hari lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah

“Tapi Bella layak untuk dapat kebahagiaan sendiri. Kebahagiaan yang aku tak boleh beri, dia layak bahagia dengan sesiapa pun.

“Saya minta maaf atas semua yang terjadi sepanjang kita kahwin, maafkan segala kesilapan saya,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon drama Terjerat ini turut memohon maaf kepada dua anak mereka iaitu Ayden dan Ara.

“Kepada Adrean dan Ara, kalau kamu tengok video ni, daddy minta maaf sangat-sangat.

“Banyak benda yang tak sepatutnya berlaku. Daddy tak sepatutnya,” ujarnya.

jujur tiada sesiapa buat saya rasa sempurna seperti Bella buat,

ALIFF AZIZ

PELAKON DAN PENYANYI

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

size NP 1 (37)

Tiada wanita mampu buat diri Aliff rasa sempurna melainkan Bella.

Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan it membuatkan ramai bengang selain is it turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain