suria

Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah

Aliff akhirnya tampil bersuara untuk mempertahankan diri.

SEKIAN lama mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Aliff Aziz tampil menjawab beberapa persoalan berhubung kontroversi membabitkan dirinya dengan isteri iaitu Bella Astillah.

Menurut Aliff, 33, dia sengaja mendiamkan diri kerana menyedari kesilapan yang dilakukan dan enggan isu itu terus menjadi panas.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.

NP-54

Lama mendiamkan diri akhirnya Aliff tampil bersuara.

“Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.

Aliff menjelaskan mengenai perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang dimuat naik pada Khamis.

Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan kekesalan kerana mendedahkan aib isterinya termasuklah dakwaan curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.

Kata Aliff, semasa pendedahan itu dia terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal emosinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tak mengaku pernah cakap masih sayangkan Bella Astillah sebaliknya salahkan media - “Jangan tengok tajuk wartawan bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah disamakan seperti haiwan, perbualan Aliff Aziz burukkan isteri terbongkar

“Ia perkara yang salah, dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia (Bella) tetap ibu kepada anak-anak saya.

“Semasa itu saya dipenuhi rasa marah kebencian dan menyesal,” ujarnya.

Dalam rakaman podcast itu juga Aliff dilihat menitiskan air apabila diminta menyampaikan luahan terhadap Bella Astillah.

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.

ALIFF AZIZ

PELAKON DAN PENYANYI

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

NP-53

Aliff enggan ceraikan Bella ketika sebutan kes mereka pada 4 April lalu.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain