PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hubungannya dan isteri iaitu Bella Astillah mula renggang sejak November tahun lalu. Cerita Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, semuanya terjadi selepas dia melihat mesej perbualan Bella bersama pelakon baharu iaitu Muaz Zabir. “Pada 13 November 2023 sesuatu besar jadi sehingga aku hilang kata-kata sebab waktu itu baru aku tahu tentang isteri aku (curang). “Malam itu aku tak boleh tidur dan bila check telefon Bella di archieve chat aku terdiam. Aliff dakwa dia tahu mengenai kecurangan Bella pada November tahun lalu. “Tapi aku anggap ini semua kifarah atas dosa-dosa lama aku,” katanya. Aliff mendedahkan perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat. Selepas mengetahui perkara itu, Aliff berkata dia cuba berubah untuk menangkan hati Bella namun sudah terlambat. Malah, pada satu malam mereka bergaduh sehingga Bella meminta untuk dilepaskan. “Aku cuba layan isteri aku macam puteri, belajar beli bunga, coklat dan ikut hobi Bella. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tak mengaku pernah cakap masih sayangkan Bella Astillah sebaliknya salahkan media - “Jangan tengok tajuk wartawan bodoh” ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah “Tapi malangnya semuanya dah terlambat. Pada satu malam tu kami bergaduh dan Bella minta cerai depan anak-anak. “Aku suruh dia failkan di mahkamah kalau betul-betul nekad dan Bella buat benda itu,” jelasnya. Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia dan Bella sudah lebih 40 hari tidak berhubung selepas kontroversinya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. Penyanyi Sayang Sayang itu juga berkata dia berasa takut untuk bercakap kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan. Tapi aku anggap ini semua kifarah atas dosa-dosa lama aku, ALIFF AZIZ PELAKON DAN PENYANYI “Kali terakhir bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. “Komunikasi memang sudah tiada lagipun nombor kena sekat. Jadi aku takut nak dengar suara Bella risau beri kesan pada mental aku. “Aku tak lari tapi situasi sekarang sangat kucar-kacir dan aku sendiri tak tahu nak mula dari mana,” ujarnya. Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Aliff sudah cuba berubah tetapi sudah terlewat. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua. Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu. Bella didakwa berlaku curang dengan Muaz Zabir. Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'. Pendedahan it membuatkan ramai bengang selain is it turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu namun kedua-dua mereka enggan bersemuka dengannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!