suria

Tak pernah menyorok sebab kontroversi, Ruhainies jalani kehidupan seperti biasa

Ruhainies tiada masalah lalui hidup seperti biasa.

WALAUPUN namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak Mac lalu, namun pelakon Ruhainies memberitahu tetap menjalani rutin harianya seperti biasa.

Malah kata Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, dia tidak pernah berasa takut untuk keluar dari rumah atau cuba menyorok daripada orang ramai walaupun sedar dia menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.

"Sejak kontroversi ini berlaku saya kerja macam biasa. Saya tak menyorok pun dekat rumah seperti disangka sesetengah pihak.

anis 2

Ruhainies akui tiada perubahan dalam hidupnya selepas kejadian.

"Saya ada pergi makan dengan kawan-kawan, ke rumah terbuka dan sebagainya. Saya jalani kehidupan saya seperti biasa," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Malah kata Ruhainies, dia juga tidak pernah berdepan dengan sebarang insiden tidak dijangka apabila berada di tempat awam.

Katanya, orang ramai tidak memandangnya dengan perasaan pelik atau serong walaupun setiap hari ada laporan mengenai kontroversi melibatkan dia dan aktor Aliff Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tak terburu-buru buat laporan polis, ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

“Orang tidak ada masalah, mereka tidak ada pandang saya pelik dan sebagainya. Tidak ada, Alhamdulillah tidak ada orang yang pandang serong pada saya.

“Setakat ini tidak ada orang yang buat bukan-bukan atau perkara jahat kepada saya,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

anis 1

Ruhainies tunggu masa untuk ambil tindakan.

Susulan kejadian tersebut, isteri Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan menceraikannya.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul pula seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah secara terbuka mengakui dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

553 (24)

Kemelut Ruhainies, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Sarah Yasmine belum selesai.

Tidak hanya Ruhainies menjadi sasaran, pendedahan itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Enggan isu tersebut berpanjangan, Ruhainies kemudiannya menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Sarah dan Bella bagi menamatkan kontroversi tersebut.

Pelawaan itu bagaimanapun tidak disambut Sarah kerana enggan lagi tertipu dengan Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain