suria

Ajak suami orang keluar minum, Nurul Shuhada buat laporan polis... Yakin dalang penyebaran fitnah mengenalinya

Shuhada tidak berdiam apabila ada yang cuba jatuhkan maruahnya.

BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil membuat laporan polis susulan penyebaran pelbagai fitnah tentang dirinya di media sosial.

Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, tindakan itu dilakukan selepas mendapat nasihat peguam kerana fitnah dilemparkan terhadapnya boleh menjatuhkan maruahnya.

"Tiba-tiba sahaja banyak akaun palsu di media sosial datang menyerang Instagram saya. Mereka hina dan maki selain ada mempersendakan agama. Paling teruk ada cakap saya pernah ajak suami orang minum kopi bersama.

shuhada 2

Shuhada tidak teragak-agak untuk dedahkan maklumat penyebar fitnah.

"Selepas beritahu kepada peguam, saya dinasihatkan untuk buat laporan polis kerana ini melibatkan maruah," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Shuhada turut berkongsi tentang laporan polis yang dibuat di laman Instagram miliknya serta berhasrat mahu mendedahkan dalang di sebalik penyebaran fitnah tersebut.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada 29 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahulah tak pandai” - Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan tunjuk bodoh, gagal beza sebutan dan perbicaraan kes mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pertahan tak perlu hadir kes hadanah anak, sindir Shuhada digelar bodoh - “Biar benak ubi tapi betul”

Tambah Shuhada dia juga yakin individu terbabit adalah orang yang mengenalinya secara rapat.

"Rasanya dalang di sebalik penyebaran ini adalah orang yang kenal saya sebab dia tahu semua tentang saya.

"Kalau tiada kaitan tidak mungkin dia boleh tahu maklumat terperinci. Seolah-olah dia tahu pergerakan saya," ujarnya.

Selama ini saya hidup tenang sahaja, tetapi kenapa ada yang cuba nak ganggu

NURUL SHUHADA

Menurutnya lagi meskipun masih berdepan kes mahkamah dengan bekas suami berkaitan isu hadanah dan kes ditumbuk sebelum ini, Shuhada tidak akan berdiam apabila ada pihak cuba memburukkan namanya.

Malah dia juga bersyukur kerana pihak berkuasa mahu membuka kertas siastan berhubung kes ini.

"Mulanya saya hanya mahu buat laporan, tak sangka pula dipanggil kerana pihak polis mahu buka kertas siasatan. Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga ada hubungi saya untuk proses siasatan.

shuhada 3

Isu hak penjagaan anak antara Hafidz dan Shuhada kini masih dalam proses perbicaraan.

"Selama ini saya hidup tenang sahaja, tetapi kenapa ada yang cuba nak ganggu. Jadi lebih baik saya serahkan kepada pihak berkuasa sahaja untuk selesaikan," jelasnya.

Untuk rekod Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak stu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai tahun lalu.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain