suria

Adik Iqbal Zulkefli buat laporan polis, dakwa diserang bekas isteri... “Weldan trauma, menangis ketakutan”

Weldan dipaksa untuk tandatangan surat perletakan jawatan sebagai pengarah syarikat.

ADIK kepada usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu Ahmad Weldan membuat laporan polis terhadap bekas isterinya iaitu Anes Ayunie di Balai Polis Cyberjaya pada pagi Selasa.

Dakwa Weldan, 22, Ayunie telah mengkasarinya dan memaksa dia menandatangi surat perletakan jawatan sebagai pengarah syarikat.

Gara-gara enggan mengikut permintaan itu, Weldan mendakwa dia diserang oleh pengawal peribadi wanita berkenaan pada petang Isnin.

size NP 1 (94)

Iqbal menemani Weldan ketika membuat laporan polis.

"Kejadian ini berlaku semasa saya berada di Semenyih, semasa sedang memandu kereta dia (bekas isteri) minta saya berhenti tepi jalan.

"Kemudian saya diserang dengan pengawal peribadi dengan staf dia sekali, paksa saya tandatangan surat perletakan jawatan sebagai pengarah syarikat.

"Walaupun sudah tiada saham dalam syarikat saya masih berjawatan sebagai pengarah, tapi saya tak tandatangan dan kira-kira jam 4 pagi saya buat laporan polis kerana berasa tertekan atas apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Iqbal menerusi satu hantaran di Instastory berkata Weldan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan selepas berdepan situasi mencemaskan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Iqbal Zulkefli hilang sabar... Ada bukti perbuatan buruk bekas adik ipar, mahu selesai di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi selepas cerai, adik Iqbal Zulkefli berusaha pujuk bekas isteri untuk kembali bersama... “Bukan sebab harta, fikir anak”

Malah Iqbal juga mendakwa Ayunie menjadikan anak mereka iaitu Aurellea Maryam sebagai bahan ugutan.

"Weldan diserang beramai-ramai di tengah jalan petang tadi. Cuba untuk memukul Weldan. Weldan sekarang menangis dalam keadaan trauma ketakutan.

"Tidak cukup lagi harta Weldan dia (Ayunie) tipu. Betapa banyak cubaan untuk buat jahat kepada saya. Adik saya tiada apa-apa lagi. Wang sudah ditipu dan dia jadikan anak sebagai bahan ugutan," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal dan Weldan sudah hilang sabar dengan Ayunie serta mahu bertindak memfailkan saman terhadap wanita tersebut.

size NP 1 (93)

Weldan dan Iqbal berjumpa peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum memfailkan saman terhadap Ayunie.

Malah Iqbal memberitahu dia tidak terkejut dengan berita penceraian adiknya dengan wanita yang juga merupakan seorang usahawan.

Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahwin pada 29 Februari 2021 namun bercerai pada 23 November tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain