SELEPAS didakwa cuba menyerang bekas suami, kali ini bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie pula tampil membuat laporan polis terhadap Ahmad Weldan di Balai Polis Semenyih, Selangor pada Selasa. Menyangkal tuduhan memukul Weldan, Anes Ayunie, 22, berkata dia mempunyai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian tersebut. "Saya lihat di Instagram abangnya (Iqbal) dia telah membuat laporan polis mengatakan saya telah memukul dia. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ayuni. "Sedangkan saya hanya ajak berbincang mengenai anak tetapi dia terus beredar dari tempat kejadian. "Terdapat CCTV tepi jalan tersebut," katanya di Instastory. Dalam beberapa hantaran yang lain, Ayunie juga berkongsi tangkap layar perbualan bersama Weldan sebelum kejadian tersebut. Menurut Ayuni, tuduhan yang dikatakan Weldan dipukul adalah situasi di mana dia bersama akauntan bercakap dengan bekas suami. ARTIKEL BERKAITAN: Adik Iqbal Zulkefli buat laporan polis, dakwa diserang bekas isteri... “Weldan trauma, menangis ketakutan” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Iqbal Zulkefli hilang sabar... Ada bukti perbuatan buruk bekas adik ipar, mahu selesai di mahkamah "Kami cuba menerangkan situasi syarikat serta kenapa surat hak jagaan itu perlu dihitam putihkan," luahnya. Kata Ayunie, dia bertemu dengan Weldan bagi menyerahkan anak mereka Aurellea Mariam kerana dia perlu ke Indonesia atas urusan kerja. Namun bimbang anaknya tidak dipulangkan, Ayunie meminta bekas suami menandatangani surat perjanjian giliran menjaga anak mereka. Bagaimanapun Weldan berkeras enggan melakukan perkara tersebut sebaliknya hanya beredar selepas mereka bertemu. Ayuni kongsi tangkap layar dan gambar bersama akauntan. "Hubungan akrab kami bukan lagi sama seperti sebelumnya, oleh itu saya minta bekas suami untuk menandatangani surat bahawa dia akan pulangkan kembali anak kepada saya. "Agar kami sebagai ibu bapa mendapat hak seadilnya dan perkara ini telah diberitahu terlebih dahulu sebelum insiden tersebut," ujarnya. Pada pagi Selasa, Weldan, 22, membuat laporan polis terhadap Ayunie atas dakwaan mengkasari dan memaksanya menandatangi surat perletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat. Laporan polis dibuat bagi membela dirinya. Pada 19 April lalu, menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal dan Weldan sudah hilang sabar dengan Ayunie serta mahu bertindak memfailkan saman terhadap wanita tersebut. Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahwin pada 29 Februari 2021 namun bercerai pada 23 November tahun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!