suria

Elak timbul fitnah, sahabat karib tampil jelaskan status rumah tangga Irma Hasmie

Irma bakal mengerjakan haji tidak lama lagi.

RAKAN baik kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Reen Emran tampil menjawab persoalan netizen mengenai status rumah tangga aktres berkenaan.

Mewakili sahabatnya itu, Reen mendedahkan Irma dan suami iaitu Redza Syah Azmeer sudah sah bercerai kira-kira enam bulan lalu.

Kata Reen, dia tampil menjelaskan status sebenar itu selepas mendapat keizinan Irma sendiri bagi mengelakkan pelbagai fitnah mengenai rakannya itu.

irma 123

Irma dalam keadaan yang baik ketika ini.

"Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

"Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

"Untuk pengetahuan... Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Reen juga memberitahu Irma dan anak-anak berada dalam keadaan baik ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan baharu sudah bermula” - Hubungan dapat restu keluarga, suami Irma Hasmie kongsi foto perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul foto suami Irma Hasmie kahwin, status rumah tangga timbul tanda tanya

Malah pelakon berusia 42 tahun itu juga bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

"Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya.

"Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

"InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya," kongsinya.

Untitled design (7)

Irma dan Redza akhirnya perjelaskan status rumah tangga mereka

Pada 28 April lalu, Redza berkongsi foto pernikahannya bersama wanita dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim yang dipercayai berlangung pada 20 April lalu.

Sebelum ini, mStar menerima dua kiriman foto pernikahan pasangan berkenaan dirakam daripada Instastory dipercayai kenalan rapat pasangan tersebut.

Pada Ogos 2023, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama.

Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain