PENERBIT Erma Fatima menggesa pelakon Ruhainies dan Sophia Albarakbah segera membuat laporan polis susulan pendedahan yang dibuat oleh seorang wanita berasal dari Singapura. Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, perbuatan kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sudah menjatuhkan reputasi serta menghancurkan nama baik artis dalam industri hiburan tempatan. "Ruhainies, Sophia keluarlah... buat laporan polis untuk menghentikan dia (Sarah). Anda ada hak untuk melakukan laporan tidak kisahlah kau ada skandal atau jadi penyondol. "Anda ada hak untuk menghentikan dia (Sarah) daripada terus bercakap. Orang luar datang menyelak kain orang kita, hancur," katanya kepada mStar. Erma sedih melihat artis-artis Malaysia dijatuhkan maruah mereka. Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Eksklusif Drama Sangat Close Up X Lelaki Itu yang diadakan di Hadramawt Kitchen, Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Disebabkan kemelut yang berlaku ini juga, Erma tidak memberi keizinan untuk Sophia hadir ke majlis tayangan episod terakhir drama Lelaki Itu kerana tidak mahu aktres berkenaan terus menjadi perhatian. "Saya tak bagi Sophia hadir kerana tidak mahu dia menjadi mangsa. Saya tidak pedulilah dia ada skandal atau tidak. Itu pandai-pandailah dia selesaikan sendiri. "Bukan dengan cara sebar aib ini, saya tidak suka. Saya harap kenduri selak kain ini dihentikan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine didesak tidak keruhkan keadaan, jangan rosakkan imej artis Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Tukar bio ‘NRF, LUSM’ di Instagram, Sarah Yasmine anggap Ruhainies tak tahu malu... Ugut dedah mesej hari ditangkap khalwat Dalam pada itu, Erma turut menyelar tindakan Sarah yang disifatkan menjatuhkan maruah anak seni tempatan dengan aib yang disebarkan. Justeru itu, Erma meminta Sarah dan Aliff pulang ke Singapura bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka. "Seorang perempuan yang sedang kecewa, loser, ditinggalkan kekasih. Orang luar bukan orang Malaysia masuk dalam negara aku (Malaysia) buat 'kenduri' selak kain semua orang raikan. "Dia masuk ke negara aku selak kain artis-artis Malaysia sedangkan masalah kau (Sarah) adalah dengan artis negara kau (Singapura). Ruhainies, Sophia keluarlah... buat laporan polis untuk menghentikan dia (Sarah). ERMA FATIMA PENERBIT "Balik negara kau selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang di dalam negara aku," jelasnya. Erma juga menggesa Aliff untuk tidak berdiam diri dan tampil menyelesaikan kemelut ini selepas mencipta pelbagai kontroversi. Penerbit berkenaan turut mempersoalkan 'kehilangan' Aliff yang tidak memberi sebarang kenyataan untuk menjernihkan keadaan. "Saya juga minta Aliff untuk jadi gentleman. Keluar! Kau jangan duduk dan senyapkan diri setelah kau buat semua ini. "Aliff juga ada hak untuk menghentikan Sarah daripada terus menyebarkan aib. Kalau Aliff buat laporan polis, dia ada hak untuk minta wanita itu berhenti bercakap. Erma mohon Ruhainies (kiri) dan Sophia tampil membuat laporan polis. "Kenapa kau hilang? Kau 'berak' sana sini lepas tu kau hilang. Cantik muka kau, sudahlah kau 'berak' dekat negara aku," tegasnya. Sementara itu, Erma memberitahu dia ada menghantar e-mel kepada Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil untuk meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas dalam menyelesaikan isu kontroversi ini. Menurut Erma, jika usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri boleh dikenakan tindakan berhubung kontroversi muzik video raya, mengapa tidak perbuatan Sarah yang berterusan menyebar keburukan. "Mana SKMM? Apa yang kementerian buat untuk hentikan orang luar yang masuk dalam negara kita dan hancurkan industri hiburan. Itu yang membuatkan saya sangat marah. "Saya minta MCMC, kalau mereka boleh hentikan muzik video lagu raya Alif Syukri, kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat tentang klip video yang tersebar satu ketika dahulu, kenapa kita tak boleh hentikan apa yang Sarah buat? "Dia orang luar, dia bukan orang industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia. Kau boleh settle di negara kau," katanya. Pada 9 Mac lalu, nama pelakon Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Erma mohon Aliff tampil untuk menjernihkan keadaan. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya. Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!