suria

Tiada lagi permainan untuk lengahkan proses cerai, Aliff Aziz sudah sedia lepaskan Bella Astillah

Aliff akan lepaskan Bella jika itu kemahuan isterinya.

ENGGAN lagi melengahkan proses penceraian, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia sudah bersedia untuk melepaskan isterinya iaitu Bella Astillah.

Reda jika itu suratan takdir, Aliff, 33, berkata selepas ini dia mahu melihat Bella melalui kehidupan lebih bahagia.

"Dari apa yang aku lihat, dah sampai titik tidak boleh toleh belakang, jadi kalau berpisah itu jalan untuk dia bahagia, maka sebagai suami aku kena beri apa yang dia minta.

"Tiada lagi permainan nak lambatkan proses ke apa selepas ini, aku cuma nak berdamai dalam situasi sekarang," katanya.

size NP 1 (47)

Aliff enggan bermain permainan untuk tangguhkan kes cerainya lagi.

Aliff memberitahu perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat

Sementara itu, ditanya mengenai kebimbangan mungkin akan digam dan karier seninya akan berakhir, Aliff berkata dia menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.

Malah Aliff turut meminta orang ramai mendoakan agar rezekinya masih ada dalam apa jua bidang selepas ini.

"Semua orang ada pendapat masing-masing, setakat ini aku bertugas dan diberi amanah bawa watak atau persembahan sentiasa beri komitmen tinggi.

"Aku serahkan rezeki pada Allah, doakan rezeki aku masih ada dalam apa jua bidang selepas ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tak mengaku pernah cakap masih sayangkan Bella Astillah sebaliknya salahkan media - “Jangan tengok tajuk wartawan bodoh”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

size NP 1 (46)

Aliff tak mahu pentingkan diri sendiri.

Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain