suria

Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya

Aliff menunjukkan bukti perbualannya dengan Muaz Zabir.

PENYANYI Aliff Aziz tidak pernah memaki hamun Muaz Zabir malah aktor baharu itu tidak pernah berusaha mencarinya bagi menyelesaikan isu di antara mereka.

Aliff turut mempersoalkan kenyataan Muaz meminta dia menghubunginya susulan kemunculannya dalam sesi podcast The Common Folks mengungkit kembali hubungan terjalin antara aktor itu dengan isterinya, Bella Astillah.

"Saya berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Bella tapi dia (Muaz) cakap dekat luar malas nak tunjuk saya maki hamun dia. Saya tak maki dia, ini sahaja perbualan saya dan dia. Dia minta maaf dan berjanji tak akan jumpa isteri saya.

"Kenapa kau (Muaz) ada nombor telefon aku tapi tak hubungi aku? Kau buat hal dengan bini orang, kenapa aku sebagai suami nak kena cari kau? Apa aku dapat?," katanya.

Aliff berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual dalam program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

alip1 - 1

Aliff muncul menerusi podcast The Common Folks membincangkan isu kecurangannya.

Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak pernah memaafkan Muaz di atas kesalahan menggangu rumah tangganya dengan Bella Astillah sebelum ini.

Aliff juga meminta pelakon berkenaan menutup mulut daripada terus memberi kenyataan tentang isu rumah tangganya kerana dia masih suami Bella yang sah.

"Saya masih suami Bella yang sah. Dalam keadaan ini, kau sepatutnya diam. Ini antara isu rumah tangga aku dan Bella. Kau yang masuk dalam hubungan kami.

"Ini mesej untuk kau. Tolong diam dan aku tak akan pernah halalkan dunia akhirat apa yang telah kau buat kepada isteri aku," katanya.

Sementara itu, Aliff memberitahu dia hanya mempertahankan haknya sebagai suami dan meminta orang luar tidak campur dalam urusan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muaz Zabir bengang nama terus dikaitkan, minta Aliff Aziz 'gentleman' bersemuka dengannya - "Ada nombor saya, kan?"

"Kepada semua yang cakap saya sudah melakukan curang banyak kali sedangkan isteri saya hanya sekali... Itu bukan masalahnya.

"Saya bercakap sebagai seorang suami. Kepada semua lelaki dan para semua, biarpun aku ni jahat atau bekas banduan, ia tidak memberi kau hak untuk membuat apa sahaja," katanya.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 4 Mei lalu, Muaz mencabar Aliff agar menjadi lelaki sejati dan bertemu dengannya memandangkan mereka pernah berhubung sebelum ini.

Muaz mendakwa Aliff menggunakan namanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah yang berlaku.

Pada Mac lalu, muncul beberapa foto mesra di antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.

alip2 - 1

Aliff dan Bella sedang dalam proses bercerai.

Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut namun memberitahu hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.

Malah perbuatannya itu turut diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan isu tersebut sudah pun selesai.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang berusia 3 tahun.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kes penceraian itu masih berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain