KETIKA timbul persoalan mengenai kesahihan status Myra Natsya yang mendakwa dia ialah anak tidak sah taraf, ibu wanita itu tampil mengesahkan perkara tersebut. Yusnita Omar, 49, berkata dia sebagai ibu yang melahirkan aktres berkenaan mengakui anaknya itu lahir bukan hasil perkahwinan yang sah antara dia dengan bekas penyampai radio, Halim Othman. Yusnita juga berkata, dia tidak berasa marah dengan pendedahan dibuat Myra kerana apa yang berlaku semuanya sudah menjadi sejarah. Myra berkongsi perbualan mesej bersama ibunya. "Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Dalam pada itu, Myra turut memohon maaf kepada ibunya kerana terpaksa berkongsi kisah peribadi mereka kepada umum. Bagaimanapun Myra bersyukur kerana ibunya sangat memahami dengan situasi yang dilaluinya sejak sekian lama. ARTIKEL BERKAITAN: Myra Natasya menipu demi jaga nama baik, dedah Halim Othman dan ibunya tak pernah berkahwin ARTIKEL BERKAITAN: Halim Othman tukar surat beranak guris hati bapa angkat, Myra Natasya tak akan berdiam diri - "Boleh bayangkan perasaan dia?" "Saya ada bertanya kepada ibu sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum. "Ibu berkata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini," ujarnya. Sebelum itu, Myra mendedahkan Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum ini dan dia merupakan anak tidak sah taraf. ' Ibu kata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini. MYRA NATASYA PELAKON Myra memberitahu sebelum ini dia terpaksa menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin menjaga nama baik personaliti berkenaan. Pelakon itu berterus terang tentang statusnya selepas Halim didakwa menukar status sijil kelahirannya dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa yang sebelum ini kosong. Tidak hanya itu, Myra terguris hati apabila nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, diletakkan di ruang pemberi maklumat. Myra terpaksa mendedahkan cerita sebenar kepada umum. Pada April 2022, Myra membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana ibu bapanya bernikah di Thailand pada 1995. Kata Myra, mereka bercerai ketika dia berusia setahun dan urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand pada tahun 1998. Usaha mStar untuk mendapat komen Halim berhubung pendedahan itu tidak berhasil kerana dia tidak menjawab panggilan dan mesej dibuat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!