suria

Adik Bella Astillah dedah Aliff Aziz pernah ada hubungan dengan isteri orang beranak 3, sengaja besarkan isu Muaz Zabir

Didi menyelar tindakan Aliff seolah ingin mencari kesalahan Bella.

ADIK pelakon Bella Astillah meluahkan rasa bengang dengan kenyataan abang iparnya iaitu Aliff Aziz menerusi program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Didi Astillah, 27, menyifatkan kenyataan Aliff berhubung kes curang Bella dengan Muaz Zabir sengaja diperbesarkan demi menutup isu sebenar iaitu kes khalwatnya.

Susulan itu, Didi meminta Aliff menutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Daripada podcast, temu bual sana sini tapi bila bab kes (khalwat) tak nak pula ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan Kak Long (Bella) panjang berjela seolah-olah mereka nak tutup kes khalwat macam itu sahaja.

Didi meluahkan rasa kesal menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Didi meluahkan rasa kesal menerusi hantaran di Instagram miliknya.

"Saya pun jadi pening bila dengar kenyataan atau jawapan yang lari daripada topik setiap kali temu bual. Sudah-sudahlah bagi kenyataan dan tunjuk kemarahan... Lebih baik diam sebab salah sendiri," katanya.

Didi berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Didi mendakwa Aliff juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang yang memiliki tiga orang cahaya mata.

"Bila ada lelaki lain di samping Kak Long, tahu pula nak melenting tapi masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rebut tapi jangan pisahkan, Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah

Sementara itu, Didi juga menyifatkan Ruhainies sebagai seorang manusia munafik selepas mendakwa dia tetap memburukkan Bella walaupun sudah meminta maaf secara terbuka.

Didi tetap menegaskan Aliff berubah sejak menjalani penggambaran bersama Ruhainies sekali gus menjadi punca rumah tangga pasangan itu retak menanti belah.

"Yang lagi seorang tu, lepas minta maaf pun ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi dekat orang-orang dan masih cakap yang Bella perangkap... Munafik!

"Kita ini zaman bila nak perangkap-perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila atau kedua-duanya sekali?

Didi kecewa dengan tindakan yang dilakukan Aliff.

Didi kecewa dengan tindakan yang dilakukan Aliff.

"Memang masa abang (Aliff) mula menjalani penggambaran dengannya dia mula berubah. Tak payah nak putar belit. Sekarang ini cerita dia memang penceraian ini gara-gara kes abang," katanya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kes penceraian itu mash berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain