SELEPAS membuat pendedahan tentang Aiff Aziz, penyanyi Didi Astillah tampil pula membidas kenyataan Aisyah Aziz yang juag merupakan adik kepada aktor berkenaan. Bengang dengan kenytaan yang dikeluarkan oleh Aisyah, Didi menyenaraikan lapan perkara bagi menjawab kemelut yang berlaku antara keluarga mereka. Antara yang disebut adalah bagaimana Bella Astillah dibuang keluarga mentua sendiri selain mendakwa ibu Aliff sengaja memburukkan kakaknya. Didi tidak berdiam dalam isu melibatkan kakaknya. "Dari awal korang perli-perli kakak aku. Buang dia macam sampah. Buang daripada family group tanpa tanya khabar. Kesian dia berhari-hari menangis disebabkan orang semua. "Siapa yang panggil kawan-kawan sekolah Aliff untuk mengumpat? Video mengumpat pun sampai dua jam, kalau ikut saya memang nak post semua," katanya. Didi berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada awal pagi Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bella Astillah dedah Aliff Aziz pernah ada hubungan dengan isteri orang beranak 3, sengaja besarkan isu Muaz Zabir ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya Pertelingkahan ini bagaikan masuk episod baharu apabila ahli keluarga Aliff dan Bella pula saling berbalas kenyataan di media sosial. Dalam hantaran tersebut Didi turut memuat naik tangkap layar perkongsian Aisyah yang mahu semua pihak tidak menghebahkan isu membabitkan Aliff di sosial media dan menyelesaikan secara tertutup antara keluarga. Didi bagaimanapun turut mempersoalkan tindakan Aliff yang sebelum ini secara terbuka bercerita mendakwa isterinya itu berlaku curang. Rumah tangga Aliff dan Bella terus jadi bualan. "Siapa yang main game ini? Rasanya korang kot. Tak baca WhatsApp Aliff dan Ruhainies? Nak tutup aib? Siapa yang buka aiab siapa dahulu? Siap rancang nak jatuhkan kakak saya. "Kita nak apa? Nak abang awak itu diam. habis cerita," tegasnya. Sebelum ini Didi turut meluahkan rasa bengang apabila Aliff muncul dalam temu bual menerusi program Melodi dan membangkitkan kembali beberapa perkara termasuk hubungan Bella dengan pelakon Muaz Zabir. Malah Didi mendakwa kenyataan Aliff sengaja untuk menutup kes dia ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!