suria

Kenyataan Didi Astillah buat Aisyah tak tidur, bersuara bukan pertahan Aliff tapi mahu reda keadaan

Aisyah (kiri) turut membalas kenyataan Didi di sosial media.

PENYANYI Aisyah Aziz tampil bersuara kerana apa dilalui Aliff Aziz ketika ini bukan perkara mudah sebaliknya abangnya itu sudah lama berdepan masalah peribadi termasuk kesan buli di sekolah.

Susulan itu, Aisyah atau Nur Aisyah Aziz berharap orang ramai tidak cepat membuat penilaian sebaliknya terus mendoakan Aliff yang kini dalam proses memperbaiki diri.

Tidak hanya Aliff, dia juga berharap semua urusan keluarga Aliff termasuk isterinya iaitu Bella Astillah dipermudahkan berdepan kemelut rumah tangga.

bella muaz zabir 1

Aisyah minta Muaz diamkan diri dari sebarang kenyataan.

“Mungkin anda tidak mempedulikan dia (Aliff), tetapi saya harap jauh di sudut hati dapat mendoakan agar dia dapat memperbaiki diri. Juga untuk Bella dan anak-anak saudara saya supaya urusan mereka dipermudahkan.

"Saya bukan bercakap untuk menyebelahi penyebab masalah ini yang secara jelas sedang berduka.

“Dia pernah bertahan dibuli di sekolah sehinggalah menjadi popular ketika usia 16 tahun," katanya.

Aisyah menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah dan Aisyah Aziz ‘perang’ di IG, dakwa Bella Astillah dibuang keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya

Dalam masa sama dia juga membalas kenyataan dibuat adik Bella iaitu Didi Astillah berhubung kenyataan Aliff dalam satu temu bual sebelum ini.

Bagi Aisyah isu antara keluarga mereka mula reda kembali hangat apabila pelakon Muaz Zabir memberi kenyataan kepada media.

Kata Aisyah, Muaz sepatutnya tidak memberi sebarang komen walaupun namanya turut terbabit dalam kontroversi berkenaan.

"Saya tak boleh tidur, terkesan dengan energi hari ini. Mungkin terikut sangat perasaan selepas membaca hantaran Didi. ‘Cuaca’ baru nak okey, sekali Muaz bercakap kepada media dan menjadi suasana lebih teruk.

aisyaah

Aisyaah kongsi kenyataan di Instagram miliknya.

"No comment sahaja kalau tak mahu minta maaf secara terbuka. Awak buat silap juga. Kepada Didi, screenshoot DM (direct messege) saya yang 'gila' untuk semua orang nilai," katanya.

Aisyah yang selama ini lebih banyak berdiam kini bersuara kerana merasakan isu antara keluarga mereka semakin hangat menjadi bualan apabila pelbagai pihak terus membuat kenyataan.

Dalam satu perkongsian terdahulu, Aisyah turut memberi gambaran seolah-olah kemelut rumah tangga Aliff dan Bella sudah lama berlaku namun masih memilih jalan untuk hidup bersama.

"Berkali-kali kita suruh awak putus, berkali-kali awak pilih untuk stay. Namun awak lupa untuk mendalami diri untuk betul-betul ikhlas.

aisya aziz 2

Aisyah hanya mahu redakan keadaan yang semakin panas.

"Dari awal saya mahu perkara ini diselesaikan secara tertutup, benda yang dibuka menunjukkan kelemahan, tetapi awak tak layan logik saya," jelasnya.

Dalam satu temu bual sebelum ini Aliff pernah mendedahkan Bella berlaku curang dengan Muaz ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

Sementara itu, Bella pula mendakwa suaminya itu sudah 12 kali curang sehingga dia nekad menunut cerai pada 13 Mac lalu.

Isu rumah tangga mereka ini turut melibatkan nama pelakon Ruhainies selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain