BEKAS isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu tetap dengan pendirian untuk tidak menuntut sebarang nafkah kerana memahami situasi kewangan usahawan berkenaan. Sharifah Norshafila Hashim, 38, berkata, dia akan berusaha mencari nafkah sendiri bagi membesarkan lima anak mereka dan enggan menyusahkan Adnan. "Sebab saya tahu dia muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak. Sharifah gagal menahan sebak ketika ditemu bual. "Saya tak mahu menyusahkan dia dan akan sentiasa menyokongnya," katanya kepada mStar. Sharifah yang mesra disapa Datin Red berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa. Dalam pada itu, Sharifah memberi jaminan hubungannya dengan Adnan tetap akan kekal baik demi anak-anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red kini duda... Selepas Adira, isteri pertama pula dicerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Rajin jual kopi, Datuk Red mampu bayar hutang RM7 juta dalam masa 3 tahun... Dr Samhan nak bantu sampai bebas muflis “Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik. “Dia seorang yang bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik-baik sahaja, tak ada masalah. Insya-Allah,” ujarnya. Sementara itu, Adnan pula memberitahu dia bersetuju menceraikan Sharifah kerana sudah tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka. Sebab saya tahu dia muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak. DATIN RED BEKAS ISTERI DATIN RED Disebabkan itu, mereka sepakat bercerai secara baik dan sama-sama membesarkan lima anak mereka. "Kalau saya teruskan nanti lagi panjang. Atas nasihat peguam, kami bersetuju cerai secara baik. "Insya-Allah anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar," katanya. Sharifah akan berusaha mencari nafkah sendiri bagi membesarkan lima anak mereka. Untuk rekod, Adnan dan Sharifah bercerai talak satu pada pukul 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar. Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya. Antara perjanjian yang dilakukan Sharifah adalah tidak menuntut nafkah idah dan mutaah. Adnan dan Sharifah bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri. Sharifah memfailkan cerai terhadap Adnan pada penghujung Januari lalu. Sebelum itu, pada 24 April lalu turut menceraikan isteri keduanya yang juga penyanyi Adira. Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!