SEORANG lelaki usia 24 tahun ditahan polis susulan komen berbaur ugutan yang ditulis terhadap ibu bapa kepada pelakon dan penyanyi Naim Daniel. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim yang memberitahu suspek ditahan di Kemunting, Perak sekitar pukul 6 petang Jumaat. "Berdasarkan laporan, pengadu dipercayai menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial. Naim tidak berdiam selepas menerima ugutan. "Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit. Suspek direman selama empat hari sehingga 21 Mei depan untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel buat laporan polis, Scha Alyahya pun tak teragak-agak ambil tindakan sama jika terima ancaman ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara nasihat jangan melampau boikot artis, Naim Daniel terima komen kesat sampai ibu bapa pun diugut Pada Rabu lalu, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin tampil membuat laporan terhadap seorang pengguna media sosial di Balai Polis Semenyih, Selangor. Laporan berkenaan susulan individu berkenaan meninggalkan komen berbaur ugutan yang berbunyi seakan-akan mahu membunuh kedua ibu bapa Naim. Komen tersebut diterima selepas Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2024 dalam kalangan artis dan berharap agar orang ramai tidak berbalah meluahkan pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!