suria

“Tahniah bekas sahabat...” - Berjaya runtuhkan rumah tangganya, Bella Astillah ucap terima kasih kepada Ruhainies

Bella dan Ruhainies sebelum ini pernah berkawan baik.

PELAKON Bella Astillah meninggalkan kata-kata sinis buat aktres Ruhainies selepas kes penceraiannya dengan aktor Aliff Aziz selesai pada Khamis.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, mengucapkan terima kasih kepada Ruhainies kerana menyifatkan aktres berkenaan sudah berjaya meruntuhkan rumah tangganya dengan Aliff.

Pencerainnya dengan Aliff juga kata Bella turut memberi kesan kepada dua orang anak mereka.

bella cerai 1

Bella ketika hadir ke mahkamah bagi proses penceraiannya bersama Aliff.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak kehilangan bapa mereka,” katanya.

Bella menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis selepas selesai prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella pada pukul 1.10 petang di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tuntut mutaah dan harta sepencarian, Aliff Aziz serah hak penjagaan penuh 2 anak kepada Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan bersalaman buat kali terakhir, Aliff Aziz sudah ceraikan Bella Astillah

Mengulas tentang perceraiana dengan Aliff, Bella juga menambah sudah berulang kali memberi peluang kepada Aliff atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Justeru keputusan untuk berpisah kali ini adalah yang terbaik buat mereka buat berdua dan anak-anak.

“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang,” ujarnya.

Snapinsta.app_448016825_18443980000012638_7239555148153117413_n_1080

Bella bersama dua orang anaknya iaitu Ayden dan Ara.

Terkesan dengan kisah kemelut rumah tangga, Bella juga berjanji tidak mahu terlalu mudah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini.

Bagi Bella fokusnya kini adalah untuk menjaga anak-anak serta mencari kehidupan lebih baik.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah lukanya pun pasti terlalu dalam.

“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

Snapinsta.app_448261201_18443979982012638_7097536998718668443_n_1080

Bella mahu lebih fokus bersama keluarga selepas ini.

"Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup,” jelasnya.

Bella pada 13 Mac lalu nekad memfailkan cerai terhadap Aliff selepas pelakon itu dicekup khalwat dengan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 9 Mac 2024.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain