suria

Aliff Aziz dijangka lafaz talak terhadap Bella Astillah hari ini, sudah setuju beberapa terma penceraian

Azmi (kiri) memberitahu Aliff dijangka bakal melafazkan talak terhadap Bella hari ini.

SELEPAS beberapa bulan isu rumah tangga mereka hebat diperkatakan, pelakon Aliff Aziz dijangka bakal melafazkan talak terhadap isterinya iaitu Bella Astillah pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Insya-Allah akan lafaz," katanya ringkas.

Aliff dijangka akan melafazkan cerai terhadap Bella.

Aliff dijangka akan melafazkan cerai terhadap Bella.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu pasangan itu juga sudah bersetuju dengan beberapa terma penceraian yang dibincangkan melalui peguam dan akan menandatangani perkara itu di mahkamah.

"Perbincangan telah dilakukan. Kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan hari ini akan tanda tangan di mahkamah," katanya.

Sementara itu, Aliff ketika tiba di mahkamah enggan memberi sebarang kenyataan dan terus menuju masuk ke dewan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah sudah 'move on', tuduhan berbaik dengan Aliff Aziz tak benar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahu fokus kes cerai, Bella Astillah enggan layan permohonan maaf Ruhainies

Aliff ditemani bapanya iaitu Aziz Sapdan.

Untuk rekod, Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon dan penyanyi itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain