USAHAWAN yang juga merupakan bekas kekasih kepada Azri Iskandar iaitu Datuk Noora Kay berkata tidak pernah timbul isu aktor berkenaan hanya mengikut telunjuknya sepanjang mereka menjalinkan hubungan. Malah Noora, 48, memberitahu keputusan membatalkan perkahwinan dibuat atas persetujuan bersama dan menafikan dakwaan kononnya aktor berkenaan perlu mengikut setiap permintaannya. Sebaliknya, Noora berkata Azri lebih mengikut kata bekas isterinya memandangkan Ellie Suriaty adalah individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan majlis pernikahan mereka. "Semua keputusan dibuat adalah atas perbincangan bersama. Tidak ada isu ikut telunjuk saya. Itu satu fitnah. Saya tidak tahulah siapa yang ikut telunjuk saya kerana perkara tersebut tidak pernah wujud. Hubungan Azri (kiri) dan Noora (kanan) berakhir dengan perpisahan. "Saya dan Azri sudah berbincang (putuskan hubungan) daripada segala sudut. Tidak timbul isu ikut cakap saya, mungkin Azri yang ikut telunjuk Ellie agaknya... Itu yang saya boleh katakan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Sebelum ini, Ellie, 54, menerusi temu bual bersama mStar memberitahu Noora tidak bersetuju tarikh pernikahannya dengan Azri ditunda sekali gus menjadi punca dia memutuskan hubungan mereka. Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungan dan mempersoalkan semua keputusan perlu mengikut telunjuk usahawan tersebut. Sementara itu, Noora memberitahu dia sudah dimaklumkan dan bersetuju mengenai penundaan tarikh nikah yang sepatutnya berlangsung pada 5 Jun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora dedah mereka tak serasi ARTIKEL BERKAITAN: Minta tunda pernikahan punca Azri Iskandar tak jadi kahwin, bukan sebab tak serasi dengan Datuk Noora "Berkenaan dengan menunda tarikh nikah itu benar, saya faham sahaja yang Azri perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerja. "Perbincangan tunda nikah itu dibuat terlebih dahulu pada awal bulan April, jadi kalau saya nak putuskan hubungan dengan Azri sebab tidak mahu menunda tarikh nikah, mungkin saya dah buat awal. "Namun saya masih lagi bersama dia (jalin hubungan). Kami berkawan macam biasa untuk melihat sejauh mana hubungan kami dapat dijalinkan. Saya boleh katakan yang kami tidak ada jodoh. Tidak ada isu siapa ikut telunjuk siapa. Saya bukan orang seperti itu," ujarnya. Dalam pada itu, Noora berkata dia tiada masalah untuk melangsungkan majlis pernikahan secara sederhana atas faktor Azri berdepan kekangan kewangan. Saya dan Azri sudah berbincang (putuskan hubungan) daripada segala sudut. Tidak timbul isu ikut cakap saya. DATUK NOORA KAY USAHAWAN Namun, dia berubah hati dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan itu. "Sejak April lagi Ellie sudah maklumkan untuk menunda pernikahan kami kerana jadual Azri yang padat. "Selain daripada sumber kewangan yang belum mencukupi. Saya cadangkan untuk kami buat perkara yang wajib sahaja (akad nikah). "Saya rasa bila sudah berusia ini tidak manislah menjalinkan hubungan yang masih belum halal. Tapi saya tidak maklum untuk putuskan hubungan kerana mahu ikut flow sahaja, sampai satu masa hati saya terdetik yang memang kami ini tidak ada jodoh," jelasnya. Noora sebelum ini pernah bertemu dengan anak-anak Azri. Pada April lalu, kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan bersama disertai bekas isteri aktor itu, Ellie Suriaty tukar di media sosial. Malah rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu. Pun begitu, Noora kemudiannya membuat kenyataan kepada mStar memberitahu hubungannya dengan Azri berakhir dengan perpisahan. Kata Noora, punca perpisahan tersebut adalah disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan hidup untuk bergelar suami isteri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!