USAHAWAN sensasi Liana Rosli tidak menipu apabila berkongsi anak lelakinya mendapat 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu. Liana atau lebih mesra disapa Kak KM sebaliknya menjelaskan berlaku kekeliruan dalam slip keputusan yang memaparkan keputusan berbeza iaitu 3A ketika ia disemak secara dalam talian. Susulan itu kata Liana, dia mengambil keputusan untuk membuat semakan semula keputusan SPM anak lelakinya iaitu Faris Razman dan masih menanti jawapan. "Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai. Kak KM menjelas situasi sebenar keputusan SPM anaknya. "Jadi sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang," katanya kepada mStar. Liana menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesona Kebaya yang diadakan pada pagi Sabtu. Dalam pada itu, Liana berkata dia tidak bersedih dengan perkara tersebut sebalik tetap berbangga dengan kecemerlangan Faris. Ini kerana dia menjadi saksi kepada ketekunan anak lelakinya itu ketika menduduki peperiksaan berkenaan dan Faris sudah melakukan yang terbaik. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengaku rumah kena pecah masuk, syukur polis berjaya jumpa barangan RM2.1 juta dalam sungai "Tak sedih pun sebab kami bukan menipu dan saya pun tak sebut apa-apa tentang isu diperkatakan. "Kita tunggu dan lihat pada rezeki... Janji ada A dan B. Sebagai ibu saya tetap bangga dengan Faris. "Tak kisahlah dia pandai atau bodoh, saya tetap berbangga dengannya sebab dia sudah buat yang terbaik," jelasnya. Mengulas mengenai kecaman dia memberi hadiah mewah kepada Faris, Liana menganggap itu adalah rezeki anaknya dan tiada siapa patut mempertikaikannya. Kak KM tak berkira untuk berbelanja besar untuk anak. "Suka hatilah kita mampu! Saya pun tak minta duit orang lain atau menyusahkan sesiapa. "Itu memang rezeki anak saya. Jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa pun kita menumpang rezeki mereka," ujarnya. Netizen sebelum ini menyifatkan hadiah berupa wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz yang diberikan kepada Faris sebagai melampaui batas. Ini kerana, ramai merasakan Faris tidak layak menerima hadiah tersebut kerana keputusannya dianggap bukan luar biasa seperti pelajar cemerlang lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!