suria

Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora dedah mereka tak serasi

Hubungan Noora dan Azri berakhir dengan perpisahan sejak penghujung Mei lalu.

HASRAT pelakon Azri Iskandar untuk menamatkan zaman dudanya musnah apabila hubungannya dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay berakhir dengan perpisahan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Noora yang memberitahu hubungan cinta mereka berakhir pada penghujung Mei lalu.

Menurut Noora, 48, punca perpisahan tersebut adalah disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan hidup untuk bergelar suami isteri.

"Apa yang saya boleh cakap memang kami sudah putus sejak akhir Mei lalu.

Ayu (kanan) memperkenalkan Noora (kiri) kepada Azri.

Noora memberitahu dia dan Azri tidak serasi sebagai pasangan.

"Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah.

"Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Noora memberitahu Azri menerima baik keputusan berpisah malah mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.

"Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh kongsi perkenalan Azri Iskandar dan usahawan bergelar Datuk, anak-anak bagi restu tamat zaman duda

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ellie Suriaty bantu urus perkahwinan Azri Iskandar, pegang janji arwah nenek walau dah bercerai

"Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi," ujarnya.

Sebelum ini, kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan malam bersama tular di media sosial yang turut disertai bekas isteri aktor itu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty.

Malah rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu.

Cerita Ayu, Azri dan Noora berjumpa sekitar pertengahan tahun lalu ketika sama-sama hadir ke majlis tayangan sebuah filem.

Azri terbuka menerima keputusan Noora untuk memutuskan hubungan.

Azri terima dengan hati terbuka tiada jodoh dengan Noora.

Ayu bagaimanapun tidak mengetahui Noora dan Azri bertambah rapat sejak pertemuan itu sehinggalah wanita itu berkongsi mengenainya.

Noora merupakan seorang ahli perniagaan yang juga berstatus ibu tunggal dengan dua orang cahaya mata.

Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain