ENGGAN berdiam diri, personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil menjelaskan pernikahan kedua suaminya iaitu Aliff Teega bukan gimik demi meraih perhatian di media sosial. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, tuntutan harta sepencarian yang dibuat terhadap Aliff pada Februari lalu juga bukti pernikahan tersebut adalah benar. Ini kerana kata Aisyah, syarat permohonan tuntutan harta pencarian adalah sekiranya pasangan berpoligami, bercerai atau pun meninggal dunia. "Pernikahan kedua yang sudah viral tersebut bukanlah satu content. Mungkin orang melihat saya tenang sahaja dan tidak percaya bahawa apa yang berlaku adalah benar. Aisyah menegaskan perkahwinan kedua Alif adalah benar. "Pernikahan itu adalah benar. Saya dan peguam telah pun mendapat perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100 peratus pada bulan Februari lalu dan harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab iaitu poligami, cerai dan pasangan meninggal dunia. "Sijil nikah suami bersama wanita berkenaan juga ada pada saya sebagai bahan bukti yang boleh dibicarakan di mahkamah atas harta sepencarian," katanya. Aisyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Aisyah memberitahu Aliff tidak berkongsi tentang isteri keduanya iaitu Fatin Umaidah Ramli di media sosial kerana menghormati dirinya dan menjaga sensitiviti masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syarikat kini milik Aisyah Hijanah, Alif Teega tak anggap isteri tamak tapi memang layak - "Sepatutnya buat sebelum poligami" ARTIKEL BERKAITAN: Isu kahwin dua bukan marketing Alif Teega, Aisyah Hijanah sudah beberapa kali jumpa madu Tegas Aisyah lagi, dia tidak pernah menggunakan isu poligami untuk meraih simpati seperti yang didakwa. "Suami saya tidak menunjukkan wanita berkenaan (isteri kedua) di media sosial adalah untuk menjaga sensitiviti masyarakat khususnya untuk diri saya sendiri. "Saya juga tidak menggunakan isu poligami untuk meraih simpati. Langsung tiada video saya menangis, memerli atau berkelakuan 'menyedihkan' sebagaimana yang didakwa," ujarnya. Sementara itu, Aisyah turut menafikan mengutip derma daripada orang ramai untuk kepentingan peribadi. Aisyah menjelaskan hal sebenar di Instagram miliknya. Sebaliknya, semua kutipan dilakukan mempunyai resit sah dan mengikut semua prosedur ditetapkan. "Setiap kutipan dilakukan mempunyai resit sah dan juga saya buatkan video yang dimuat naik di media sosial sebagai bukti. "Aisyah hanya menggunakan platform ini untuk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang dan meluaskan peluang untuk mereka menyumbang," jelasnya. Mengulas lanjut berkenaan isu kemewahan yang dimiliki, personaliti tersebut memberitahu bisnes yang dijalankan iaitu Hijanah mempunyai keuntungan dalam perniagaan. Aisyah bagaimanapun memilih tidak berkongsi segala kemewahan kerana ia bercanggah dengan personaliti dirinya yang lebih bersederhana. "Syarikat saya mempunyai audit jelas yang kami lakukan setiap tahun. Jualan Hijanah (jenama pakaian) juga sama seperti syarikat-syarikat pengasas di media media sosial. Aisyah menegaskan perkahwinan kedua Alif bukan gimik. "Cuma saya sendiri bukanlah orang yang suka mempertontonkan kemewahan dari pakaian saya. Siapa yang kenal, tahulah saya personalitinya bagaimana," katanya. Aisyah yang dalam perjalanan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah memberitahu segala bukti sudah diberikan kepada peguam dan tundakan akan diamil selepas dia pulang dari Makkah. "Saya dalam perjalanan untuk menunaikan Haji. Saya ambil maklum atas apa yang berlaku dan sudah memberikan kesemuanya kepada peguam saya untuk diambil tindakan. "Bukti-bukti juga sudah diberikan bagi dibicarakan di mahkamah kelak. Tidak wajar sekiranya apa saya miliki hari ini hanya dinilai daripada kempen sedekah yang dibuka, walhal usaha keras daripada 2018 sehingga hari ini tidak dinilai sama sekali. "Saya akan pergi menunaikan haji dan kes ini akan diambil tindakan setelah pulang dari haji kelak," ujarnya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila sebuah akaun di Facebook mendakwa Aisyah membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi. Aisyah bakal mengambil tindakan selepas pulang daripada menunaikan Haji. Akaun tersebut turut memberitahu personaliti itu sanggup mencipta kontroversi dimadukan oleh suaminya untuk mencari publisiti dan simpati daripada masyarakat. Dakwa mereka, masyarakat mudah tersentuh dengan isu isteri yang dianiaya dan sekali gus akan terpedaya untuk memberikan derma. Mereka juga mempersoalkan kemewahan yang dimiliki Aisyah dan mendedahkan tindakan personaliti itu hanya diketahui oleh bekas pekerja, pembekal tudung (rakan bisnes) dan pempengaruh media sosial. Pekerja yang mempersoalkan audit kutipan derma dipercayai akan dibuang kerja serta merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!