SUSULAN isu mengutip derma daripada orang ramai untuk kepentingan peribadi, personaliti media sosial Aisyah Hijanah menyangkal dakwaan membuang pekerja serta merta jika mempersoalkan audit syarikat. Menurut Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, dia tidak pernah memecat pekerja yang membangkitkan tentang perkara itu sebaliknya hanya memberhentikan individu yang melakukan kesalahan di tempat kerja. "Setakat ini belum pernah ada seorang pekerja Hijanah yang dibuang kerja 24 jam akibat mempersoalkan audit syarikat. "Pernah ada bekas pekerja Hijanah dibuang tetapi atas isu dalaman pekerja itu sendiri dan bukanlah soal audit seperti yang didakwa. Aisyah menafikan dakwaan memecat pekerja berkenaan isu audit syarikat. "Pekerja yang dibuang itu juga telah menerima surat tuntutan atas tingkah laku beliau yang melanggar etika bekerja di dalam syarikat," katanya. Aisyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Aisyah menegaskan dakwaan yang dibuat oleh sebuah akaun Facebook berkenaan dirinya adalah satu fitnah dan minta mendedahkah siapa pekerja dimaksudkan mereka. Tambah Aisyah, tuduhan pembekal tudung syarikat miliknya iaitu Hijanah yang turut dikaitkan juga tidak berasas kerana dia banyak berurusan dengan pembekal dari luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak tenang berdepan isu rumah tangga, Aisyah Hijanah bertindak ikut kewarasan bukan emosi ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega serah semua aset kepada isteri pertama, Aisyah Hijanah bukan gila harta cuma fikir masa depan "Apa yang didakwa di dalam page berkenaan tentang hal ini adalah fitnah. Saya berbesar hati untuk mengetahui siapakah bekas pekerja tersebut sekiranya ada. "Berkaitan pembekal tudung Hijanah, pembekal yang saya berurusan bukan di Malaysia sahaja, bahkan di luar negara. "Pengeluaran tudung Hijanah adalah dalam produksi yang besar dan tidak dilakukan di Malaysia," ujarnya. Personaliti itu turut mempersoalkan siapakah dalang di sebalik akaun Facebook tersebut dan menegaskan akan tetap mempertahankan haknya. "Bagi sesiapa yang mahu menyumbanhg, silakan. Bagi yang sudah tidak percaya, saya juga tidak memaksa. "Kepada page berkenaan, saya tidak tahu kamu siapa tetapi saya bukan anak kecil yang kamu boleh buli sewenangnya. "Memang saya dilihat lembut tetapi lembut tidak bermakna lemah. Saya akan lawan untuk mempertahankan hak saya," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila sebuah akaun di Facebook mendakwa Aisyah membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi. Aisyah tidak berdiam diri dan mahu mempertahankan haknya. Akaun tersebut turut memberitahu personaliti itu sanggup mencipta kontroversi dimadukan oleh suaminya untuk mencari publisiti dan simpati masyarakat. Dakwa mereka, masyarakat mudah tersentuh dengan isu isteri yang dianiaya dan akan terpedaya untuk memberikan derma. Mereka juga mempersoalkan kemewahan yang dimiliki Aisyah dan mendedahkan tindakan personaliti itu hanya diketahui oleh bekas pekerja, pembekal tudung (rakan bisnes) dan pempengaruh media sosial. Pekerja yang mempersoalkan audit kutipan derma dipercayai akan dibuang kerja serta merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!