suria

Hang Jebat masih marah belum maafkan abang, persoal tindakan Hang Tuah kaveat harta arwah bapa

Hang jebat tidak pernah tamak harta arwah bapa.

ANAK kepada seniman Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat memberitahu dia masih menyimpan perasaan marah dan belum memaafkan kedua-dua abangnya.

Hang Jebat, 37, berkata dia masih belum boleh menerima perbuatan Jeffrey dan Putera Hang Tuah yang tergamak menuduhnya menipu dan memalsukan dokumen urusan jual beli tanah milik bapa mereka ketika arwah masih hidup.

“Saya marah tapi untuk memaafkan belum lagi buat setakat ini.

NP-177

Hang Jebat tak tamak harta bapa.

“Mungkin bila tiba masa sesuai saya akan berbuat sedemikian tapi bukan sekarang.

“Insya-Allah, saya berlapang dada tapi biarlah masa yang menentukan,” katanya kepada mStar.

Hang Jebat meluahkan perkara itu semasa sidang media penjelasan kes harta Allahyarham Jins Shamsuddin yang diadakan di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Hang Jebat menafikan dirinya sebagai seorang yang tamak harta, sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan secara perjanjian pembelian (PA) hanya pada satu tanah sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hang Tuah sangkal dakwaan Hang Jebat fail saman sebab dendam, mahu harta Jins Shamsuddin dibahagi secara faraid

ARTIKEL BERKAITAN: Hang Jebat lega kebenaran akhirnya terbukti, hasil jual tanah digunakan untuk arwah Jins Shamsuddin

Malah, dia juga mempersoalkan tindakan Hang Tuah yang bertindak kaveat harta-harta milik arwah.

“Saya buat PA ni pada satu estet tanah sahaja, ayah ada banyak lagi harta lain yang masih boleh difaraidkan mengikut undang-undang, bukan semuanya sudah saya jual.

“Kalau saya tamak, saya dah buat PA untuk semua harta ayah tapi kenapa dia (Hang Tuah) kaveat tanah itu? Semua tanah dan rumah,” jelasnya.

Untuk info, Kaveat adalah notis yang dimasukkan di pejabat tanah ke atas hartanah yang hendak di kaveat, untuk menghalang atau memberi amaran atau makluman kepada orang lain berkenaan dengan status atau kepentingan tertentu terhadap hartanah tersebut.

Kalau saya tamak, saya dah buat PA untuk semua harta ayah,

HANG JEBAT

ANAK TAN SRI JINS SHAMSUDDIN

Ia adalah sekatan atau pendaftaran halangan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan yang boleh daftar, ke atas sesuatu hartanah.

Sebelum ini, peguam Hang Jebat iaitu Amirfarid Nawawi memberitahu Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan menolak tuntutan Jeffrey dan Hang Tuah atas tuduhan anak guamnya menipu dan memalsukan dokumen jual beli tanah milik arwah.

Sebaliknya hartanah tersebut dijual ketika arwah masih hidup, oleh itu ia tidak tertakluk kepada perkara harta pusaka dan faraid.

NP-176

Hang jebat bersama peguamnya, Amirfarid Nawawi.

Untuk rekod, Allahyarham Jins menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac 2017 di sebuah klinik di Taman Melawati akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya.

Jeffrey merupakan anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat.

Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973.

Menerusi perkahwinan dengan Puan Sri Halijah Abdullah, 65, Allahyarham dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain