suria

[V] Puteri Sarah ketawa peminat minta kembali kepada Syamsul, tak ambil tahu isu rumah tangga bekas suami

MENYEDARI ada peminat mencadangkan untuk dia kembali kepada bekas suami iaitu Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan perkara itu sama sekali tidak akan berlaku.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata dia lebih selesa sekadar bersahabat dan enggan lagi dikaitkan dengan pengarah itu.

"Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.

size NP 1 - 2024-08-30T151938.952

Sarah hanya mampu ketawa peminat minta kembali kepada Syamsul.

"Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya kepada mStar.

Sarah menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui sejurus prosiding saman fitnah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Mengulas mengenai tanggapan netizen menyifatkan kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira adalah suatu kifarah, Sarah bagaimanapun enggan mencampuri urusan pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul, Puteri Sarah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul Yusof sedia lepaskan isteri, terpaksa tangguh lafaz cerai sebab Ira Kazar baru lantik peguam

"Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu.

"Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG).

"Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua," jelasnya.

Ditanya adakah dia berasa simpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu, Sarah memberi reaksi terkedu sebelum menyusun ayat menjawab soalan berkenaan.

Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Kata Sarah, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira kerana berita penceraian itu sangat mengejutkan.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah memaklumkan Syamsul tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua orang anaknya selepas mereka berpisah.

"Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia. Apa yang berlaku pada dia, itu saya tak masuk campur," katanya.

size NP 1 - 2024-08-30T151918.837

Syamsul tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Untuk rekod, Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan penceraian pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman dan bersedia untuk menceraikan isterinya itu.

Sebutan yang sepatutnya berlansung pada Selasa terpaksa ditunda kepada 25 September depan memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain