suria

Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol… Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada pagi Jumaat kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu .

Hakim Norazlin Othman memutuskan perkara itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan dan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Selepas mendengar keputusan itu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

syed1

Dai Syed sudah berkahwin bersama Hana pada Disember 2022.

Turut kelihatan ialah isterinya iaitu Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak mereka 16 hari lalu.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun itu di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam, pada pukul 1.35 malam, 11 September 2019,

Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita tuduh isteri gugur kerana kifarah kes rogol, Da’i Syed ambil tindakan terhadap dua netizen kerana fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed bebas tuduhan jenayah seksual... Pengadu alami kemurungan, beberapa kali cederakan diri

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Dalam kes berlainan, Syed juga didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Dia bagaimanapun dilepaskan dan membebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mei 2022 selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain