MAHKAMAH Majistret Kuantan, Pahang pada Selasa membenarkan permohonan reman terhadap suami pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse. Abdul Zackery direman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini bagi membantu siasatan selepas Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. Suami Zahnita direman tiga hari bermula Selasa. -Foto Sinar Harian Suspek tiba di kompleks mahkamah berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi dan selesai permohonan reman setengah jam kemudian. Kes pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. Pada Isnin, Zahnita berkongsi foto di Instagram miliknya memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam. Menerusi temu bual mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik tentang punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita ditahan polis, permohonan reman dibuat pagi Selasa ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 20 tahun saya bertahan, cukuplah” - Zahnita Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013. Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama. Zahnita mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Malah aktres berkenaan turut mendedahkan rumah tangga mereka sudah bergolak sejak penghujung tahun 2011. Bagaimanapun kasih sayang dan perasaan cinta mereka masih lagi kuat, sekaligus menjadikan hubungan itu kembali pulih. Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!