suria

Bapa tipu wanita RM106,530 nak jual tanah, penyanyi popular serah pada mangsa ambil tindakan

Amy masih menunggu wangnya sebanyak RM106,530 dikembalikan.

SEORANG wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan bapa kepada seorang penyanyi popular sehingga mengalami kerugian keseluruhan RM106,530.

Amy Shuhada, 27, berkata, dia menyerahkan wang tersebut secara berperingkat selepas membeli sebidang tanah milik lelaki itu dekat Taman Suria Muafakat, Johor Bahru awal tahun ini.

Jelas Amy, bapa penyanyi itu juga turut menawarkan diri membantunya membangunkan tanah tersebut selepas mengetahui dia ingin membuka perniagaan.

NP (24)

Amy sudah puas meminta wangnya kembali.

"Bapa penyanyi itu tawarkan sebidang tanah dan kebetulan saya memang tengah mencari tapak untuk membuka kedai makan dan spa kecantikan.

"Selepas bersetuju membeli tanah tersebut saya ada membuat pembayaran deposit sebanyak RM15,000 malah dia pelawa nak bantu bangunkan perniagaan yang dirancang.

"Ayat dia terlalu manis sehingga saya sendiri tak perasan dia kikis duit saya sikit demi sedikit sehingga sudah mencecah jumlah RM106,530," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia mula berasa sangsi apabila individu itu memberi pelbagai alasan apabila dia meminta geran tanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar akhirnya dedah nama pelakon Aida Aris, diminta jelaskan hutang lebih RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang langsai hutang disia-siakan, bekas pekerja respons selepas Azza Elite upload wajahnya di IG

Malah Amy pelik apabila setiap transaksi wang membabitkan kontraktor perlu melalui akaun peribadinya.

"Dia kata itu tanahnya tapi apabila saya minta geran tanah dia beri alasan perlu melalui banyak proses dan sukar dilakukan sebab dia menetap di Kuala Lumpur.

"Saya mula berasa pelik sebab setiap transaksi saya buat terus ke akaun peribadinya dan tiada satu pun resit daripada pihak pembekal.

"Dokumen perjanjian dan geran sampai masih tiada sebarang khabar berita," jelasnya.

Ayat dia terlalu manis sehingga saya sendiri tak perasan dia kikis duit saya sikit demi sedikit

AMY SHUHADA

MANGSA

Tambah Amy, individu itu bersetuju memulangkan kembali wang miliknya tetapi sehingga ke hari ini ia sekadar janji tinggal janji.

Enggan berdiam diri, Amy menghubungi anak lelaki itu sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan kembali wangnya.

Penyanyi itu sedar ramai sudah menjadi mangsa bapanya dan menyerahkan kepada Amy mengambil sebarang tindakan.

NP (23)

Amy sudah buat laporan polis dakwa menjadi mangsa penipuan bapa kepada seorang penyanyi.

"Saya sudah hubungi anaknya dan dia tiada masalah kalau saya ambil tindakan terhadap bapanya asalkan saya dapat kembali duit saya," katanya.

Amy juga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Larkin dekat Johor dan kes sedang disiasat.

Malah Amy memberitahu pihak polis akan memanggil suspek untuk membantu siasatan kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain