SUAMI pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse yang direman sejak dua hari lalu didapati positif dadah. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu. Wan Mohd Zahari berkata Abdul Zackery juga akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada pagi Khamis di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan. Zahnita kongsi wajahnya yang miliki lebam mengejutkan peminat. "Suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes ujian air kencing didapati positif dadah," katanya. Abdul Zackery direman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini bagi membantu siasatan selepas Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita ditahan polis, permohonan reman dibuat pagi Selasa ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita direman 3 hari bantu siasatan kes keganasan rumah tangga Pada Isnin, Zahnita berkongsi foto di Instagram miliknya memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam. Ketika ditemu bual mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik tentang punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri. Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013. Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami. Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama. Bagaimanapun pasangan itu kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya. Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!