suria

Suami Zahnita mengaku tidak bersalah cederakan isteri

Suami Zahnita (kiri) mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isteri.

SUAMI kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya pada pagi Khamis.

Memetik laporan SH, lelaki berusia 46 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tiada sebarang pengakuan direkodkan berkaitan pertuduhan penyalahgunaan dadah selepas di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Zahnita sebelum ini mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita sebelum ini mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada Isnin lalu, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita positif dadah, bakal didakwa pagi Khamis atas pertuduhan mendatangkan kecederaan

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.

Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama.

Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.

Zahnita, 39, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain