SUSULAN isu hutang tertunggak, pelakon Rozita Che Wan diminta hadir berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi tujuan pembayaran. Pengerusi Mara iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan ini bukan kali pertama tindakan mahkamah dikenakan terhadap Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta. "Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama, ini sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah kepada Mara dan bincang. Asyraf (kiri) minta Che Ta hadir berbincang. "Paling penting juga, bayar balik pinjaman yang dibuat sebab ia sudah berlarutan sejak tahun 2017," katanya. Asyraf ditemui media selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang 2024 di Butterworth pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Rozita Che Wan kena serbu, gagal bayar hutang Mara hampir RM1 juta ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dan anak sulung mungkin muflis, tak beri kerjasama terhadap Mara Tambahnya prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan susulan kegagalan Che Ta melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun. Pada 10 Disember lalu, pihak Mara membuat serbuan dan menyita barangan di rumah pelakon itu kerana gagal membayar hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta. Difahamkan Che Ta masih belum tampil bertemu pihak Mara untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!