CUKUP menjaga solat sepanjang tiga tahun tinggal serumah, pelakon Harris Annuar terkejut dengan insiden jurugambar Aqo Imran mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu. Harris, 33, memberitahu Aqo bukan seorang panas baran dan tindakannya itu mungkin disebabkan dia lama menahan sabar. "Sepanjang mengenali Aqo, dia bukan jenis begitu (bersikap baran dan ganas). Mungkin sebab dia sudah pendam lama. "Mungkin sebab terlalu geram jadi dia lepaskan. Kami memang rakan baik, tahu luar dalam masing-masing. Aqo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Razman dan Razmi. "Tiga tahun kami duduk serumah sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dia seorang yang baik dan tidak pernah buat masalah. Aqo juga seorang yang cukup menjaga solatnya," katanya kepada mStar. Harris berkongsi perkara itu ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Pelakon itu hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan moral terhadap Aqo. Dalam pada itu, Harris memberitahu jurugambar tersebut tidak pernah berkongsi isu hutang membabitkan dua pereka fesyen iaitu Razman dan Razmi kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Aqo Imran mengaku tak bersalah pukul Razman Razmi, berdepan hukuman penjara 10 tahun ARTIKEL BERKAITAN: [V] Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca tapi dah bayar sedikit demi sedikit Sebaliknya dia hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media. "Berkenaan isu hutang dia tidak pernah kongsi kepada saya, termasuk isu kereta. "Saya tahu selepas baca dan tonton berita mengenai kes dia semalam. Saya tak jangka insiden itu berlaku sebab saya mengenali perangai Aqo,” ujarnya. Dalam masa sama, Harris sempat menitipkan doa supaya urusan sahabatnya itu dipermudah. Pada malam Rabu, Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang jurugambar berkenaan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya. Pasangan duo pereka fesyen itu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan suspek ditahan pihak berkuasa. Razmi (kiri) dan Razman (kanan) cedera di bahagian muka selepas dipukul. Razman memberitahu dia mengenali jurugambar yang menyerang mereka selain mengaku ada berhutang sebanyak RM20,000 berkaitan penjualan sebuah kereta pada 2019. Untuk rekod, Aqo atau Muhamad Imran Khairil, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Razman dan Razmi. Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46 menggunakan kamera sebagai senjata. Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube