suria

[V] Aqo Imran mengaku tak bersalah pukul Razman Razmi, berdepan hukuman penjara 10 tahun

JURUGAMBAR Muhamad Imran Khairil mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.

Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Razmi Abdul Rahman, 46 dan Razman Din, 53, menggunakan kamera sebagai senjata.

Kedua-dua individu itu lebih dikenali dengan panggilan Rizman dan Razmi dalam industri fesyen dan hiburan.

Tertuduh ketika hadir ke mahkamah bersama pihak berkuasa.

Tertuduh ketika hadir ke mahkamah bersama pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

“Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah,” katanya ketika membuat pengakuan di hadapan majistret pada Jumaat.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Farah Azura mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan masing-masing sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca tapi dah bayar sedikit demi sedikit

ARTIKEL BERKAITAN: Badan bengkak sampai kena tahan CCU, pereka fesyen Razman rupanya ada masalah lemah jantung

Jika sabit bersalah, jurugambar fesyen dan hiburan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari 2025.

Sementara itu, Imran kelihatan tenang sebaik sahaja keluar daripada dewan mahkamah untuk proses ikat jamin.

Razmi (kiri) dan Razman (kanan) cedera di bahagian muka selepas dipukul.

Razmi (kiri) dan Razman (kanan) cedera di bahagian muka selepas dipukul.

Sambil diiringi polis dan peguam, jurugambar itu melafazkan istighfar apabila melihat beberapa rakannya termasuk pelakon Harris Annuar hadir memberi sokongan moral.

Pada malam Rabu, Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang jurugambar berkenaan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya.

Pasangan duo pereka fesyen itu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan suspek ditahan pihak berkuasa.

Razman memberitahu dia mengenali jurugambar yang menyerang mereka selain mengaku ada berhutang sebanyak RM20,000 berkaitan penjualan sebuah kereta pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain