KENYATAAN pelakon dan model Zahnita yang mengatakan dia mendapatkan resipi pai menerusi carian di Google adalah tidak benar. Suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, turut berkata, Zahnita juga berbohong memberi kenyataan itu sebaliknya dia meminta resipi berkenaan daripada ibunya iaitu Norazlina Abdullah. Sebagai bukti, Zackery turut berkongsi mesej perbualan ibunya yang dihantar Zahnita menerusi aplikasi WhatsApp. Kata Zackery lagi, ibunya berasa sangat kecewa apabila Zahnita mengeluarkan kenyataan tidak benar itu. Abdul Zackery berkongsi bukti perbualan ibu dan Zahnita di aplikasi WhatsApp. "Reaksi ibu saya apabila mendengar perkongsian yang dibuat Zahnita, sudah tentu dia (ibu) menganggap kenyataan itu adalah mengarut. "Saya mempunyai bukti-butki perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resipi pai itu kepada ibu saya,” katanya ketika menghubungi mStar. Atas dasar kasih ibu mertua kepada menantu, Zakery berkata ibunya tidak keberatan untuk berkongsi malah memberikan sokongan penuh atas perniagaan yang mahu diusahakan itu. "Ibu saya memberikan sokongan terhadap Zahnita selepas mengetahui dia mahu memulakan perniagaan pai. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pai jualan Zahnita resipi ibu mentua, terkilan menantu tergamak cakap buruk ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Zahnita Wilson buat pengakuan mengejutkan, 20 tahun tahan sabar jadi mangsa isteri... “Dia cuba untuk 'Muay Thaikan' saya!” "Malah ibu juga mengucapkan tahniah dan memintanya untuk tidak berkongsi resipi tersebut di media sosial," ujarnya. Menerusi tangkap layar yang dikongsi bersama mStar, Zahnita dilihat menghantar mesej kepada ibu mentuanya untuk meminta resipi pai itu pada Mei tahun lalu. Dalam perbualan itu, Norazlina turut memberikan kata-kata sokongan buat aktres berkenaan. "Oh awak mahu mulakan perniagaan. Semoga berjaya dan saya doakan kejayaan buat awak. Saya mempunyai bukti-butki perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resipi pai itu kepada ibu saya. ABDUL ZACKERY GHOUSE ABDUL GAFOR SUAMI ZAHNITA "Tolong jangan kongsikan resipi ini di Instagram ya. Terima kasih. Saya harap awak faham kerana ia adalah sumber rezeki saya, tetapi saya tidak kisah berkongsi dengan awak untuk perniagaan ini," tulis Norazlina. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Norazlina meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya kerana tergamak bersangka buruk tentang dirinya. Menurut Norazlina, dia sangat sayang akan menantunya itu sehingga sanggup berkongsi resipi pai yang kini menjadi produk jualan Zahnita. Abdul Zackery mendedahkan kisah sebenar berhubung resipi pai yang diusahakan isterinya. Bagaimanapun, Zahnita menerusi laporan sebuah portal berita menyangkal dakwaan itu dan memberitahu pai dihasilkannya adalah resipi asas yang boleh diakses menerusi carian di Google. Kemelut antara Zahnita dan suami berlaku apabila aktres berkenaan berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam pada 2 Disember 2024. Menurut temu bual bersama mStar, Zahnita tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suaminya. Pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang. Zahnita sebelum ini mendakwa resipi pai yang dibuat diperoleh dari carian Google. Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya itu. Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!