suria

Suami sedia lepaskan tapi bersyarat… Dakwa Zahnita pernah curang

Abdul Zackery sedia menceraikan isteri sekiranya syarat yang diberi ditunaikan Zahnita.

SUAMI Zahnita Wilson sedia menceraikan isterinya selepas pelakon dan model itu memfailkan cerai terhadapnya pada 3 Disember tahun lalu.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, bagaimanapun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi aktres berkenaan sebelum melafazkan talak.

Ini termasuk berkaitan hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.

"Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.

Abdul Zackery meletakkan beberapa syarat sebelum ingin melafazkan cerai.

Abdul Zackery meletakkan beberapa syarat sebelum ingin melafazkan cerai.

"Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.

"Saya sudah tidak mahu bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama menjaga anak-anak, itu sahaja," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai proses penceraian mereka, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.

Ditanya sama ada JKP dapat menyelamatkan rumah tangganya, Abdul Zackery tidak menolak kemungkinan itu demi anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson buat pengakuan mengejutkan, 20 tahun tahan sabar jadi mangsa isteri... “Dia cuba untuk 'Muay Thaikan' saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul

"Selepas apa saya lalui beberapa bulan ini, agak berat untuk saya melupakan atau memaafkan dia.

"Tetapi tidak tahu juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Zackery menyangkal kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangganya seperti didakwa Zahnita sebelum ini.

Namun dakwanya, Zahnita yang pernah menduakan dirinya sekitar 10 tahun lalu malah pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.

Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.

ABDUL ZACKERY GHOUSE ABDUL GAFOR

SUAMI ZAHNITA

"Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang mempunyai orang ketiga.

"Kami pernah melalui proses penceraian dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.

"Anak perempuan saya sendiri yang memberitahu ibunya keluar dengan lelaki... Apabila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami," katanya.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Zahnita sebelum ini berkongsi foto memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Zahnita sebelum ini berkongsi foto memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Zahnita mencetus kontroversi melibatkan rumah tangganya bersama suami.

Zahnita mencetus kontroversi melibatkan rumah tangganya bersama suami.

Pada Selasa Abdul Zackery mendedahkan dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon berkenaan.

Malah dakwanya Zahnita setiap tahun meminta cerai daripada sepanjang 20 tahun mereka berkahwin.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain