suria

[V] Suami Zahnita Wilson buat pengakuan mengejutkan, 20 tahun tahan sabar jadi mangsa isteri... “Dia cuba untuk 'Muay Thaikan' saya!”

LAMA mengambil bersikap berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya muncul membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon dan model berkenaan.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

Tidak hanya itu, Abdul Zackery mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun minta diceraikan.

"Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).

Abdul Zackery mendakwa Zahnita mengabaikan anak-anak (kanan) selepas mengusahakan perniagaan pai.

Abdul Zackery mendakwa Zahnita mengabaikan anak-anak (kanan) selepas mengusahakan perniagaan pai.

"Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk 'Muay Thaikan' saya.

"Tetapi pada ketika itu, saya cuba untuk menenangkan isteri," katanya kepada mStar.

Abdul Zackery mendedahkan perkara itu ketika mengadakan sidang media tergempar di kediamannya di Kuantan, Pahang pada petang Selasa.

Abdul Zackery mendedahkan pergaduhan mereka pada November lalu tercetus apabila Zahnita bertindak menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul

ARTIKEL BERKAITAN: “Kebebasan buat saya dan anak-anak” - Zahnita dapat perintah perlindungan interim terhadap suami

Rumah tersebut disewa Zahnita bagi menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal 2024.

Dakwanya, sejak memulakan perniagaan tersebut, Zahnita mula mengabaikan kebajikan anak-anak mereka yang membuatkan dia tidak berpuas hati.

"Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.

"Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya," ujarnya.

Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif.

ABDUL ZACKERY GHOUSE ABDUL GAFOR

SUAMI ZAHNITA

Dia mahu isterinya itu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.

Abdul Zackery memberitahu dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya kerana mahu mempertahankan hak anak-anak mereka yang diabaikan Zahnita.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, yang dihubungi untuk menjawab tuduhan terhadapnya bagaimanapun hanya membalas dengan 'no comment'.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Zahnita sebelum ini mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita sebelum ini mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Zahnita memulakan perniagaan pai sekitar awal tahun 2024.

Zahnita memulakan perniagaan pai sekitar awal tahun 2024.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.

Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.

Selain Abd Zayden, pasangan itu turut dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, dan Zahlia Syawwal, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain