PELAWAK Mamak Puteh hilang sabar selepas sudah hampir dua tahun menuntut bayaran kerja sebanyak RM20,000 daripada sebuah stesen televisyen (TV). Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, berkata, dia juga sudah buntu kerana sudah melalui kesemua prosedur bagi menuntut bayaran berkenaan namun sehingga kini tidak diendahkan. "Saya menuntut hampir dua tahun bayaran yang saya masih belum terima, saya dah ikut prosedur daripada orang bawah sehinggalah pihak atasan. Mamak masih menuntut hutang RM20,000. "Hutang tu sebanyak RM20,000, sekarang ni saya buntu sebab tak tahu nak jumpa siapa lagi. "Rasa ralat sangat bila berlaku macam ini, saya salahkan diri sendiri sebab terlalu baik dengan orang sehingga mereka pijak saya," katanya kepada mStar. Mamak mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada sesi tayangan previu sitkom Apartmen Putra di Wisma TV, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, Mamak berkata hutang berkenaan menyebabkan komitmen dan perbelanjaan keluarganya turut terjejas. ARTIKEL BERKAITAN: Tulang hidung senget punca masalah pernafasan... Anak Mamak Puteh selamat jalani pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Masalah dah selesai, Atu Zero ambil bayaran di Awesome TV Dia bagaimanapun sama sekali tidak akan mengalah dan akan terus berjuang menuntut kembali haknya. "Saya susah nak bayar duit rumah dan komitmen lain sampai terpaksa berhutang. "Orang mungkin ingat artis ni kaya tapi inilah disebaliknya. Dia hutang saya, dia bayarlah, apa yang susah sangat? MAMAK PUTEH PELAWAK "Walau apa pun saya tidak akan berdiam diri, saya akan lawan sampai dapat balik hak saya," ujarnya. Sementara itu, Mamak memberitahu dia ada menerima pandangan daripada pengikut media sosial yang memintanya melantik peguam bagi menguruskan tuntutan berkenaan. Namun dia merasakan tindakan itu sebagai tidak relevan kerana perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Mamak terpaksa berhutang demi bayar komitmen dia dan keluarga. "Ada yang suruh saya ambil peguam tapi kenapa saya perlu berbuat sedemikian? Kalau saya ambil peguam saya nak kena bayar mereka dan proses itu lebih lama. "Untuk saya lawan seseorang lebih berkuasa nak dibandingkan dengan saya yang tiada duit ini, sampai satu tahap mungkin tak dapat langsung duit saya itu. "Rasa macam tak kena, kenapa pula saya nak kena bayar peguam, saya tak buat salah dia hutang saya, dia bayarlah, apa yang susah sangat?" ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!